Sunday, August 21, 2011

imbas kembali

secara jujurnya aku memang tak ingat bila tarikh sebenar aku mula menulis di dalam blog ni. tapi yang masih segar dalam ingatan aku betapa berkobar-kobarnya semangat aku semasa pertama kali aku mula menulis di sini. dan ianya berlaku pada bulan ramadhan tahun lepas. so boleh la aq katakan yang usia blog aku ni dah tolak tambah setahun.


alhamdulilah dalam setahun ni bermacam-macam suka duka yang berlaku. dengan pertambahan usia aku berharap pemikiran dan perilaku aku pun bertambah matang. mungkin sudah tiba masa aku ambil peduli tentang perasaan orang disekeliling aku. sudah boleh kenal mana satu musuh mana satu sahabat. aku sedar kadang kala aku ada menyakiti dan apalah salahnya aku pun disakiti untuk merasa bagaimana perasaannya.


memang betullah perjalanan hidup di dunia ni memang macam roda. ada kalanya aku berasa gembira sangat dan ada kalanya aku merasa kesunyian yang amat sangat. ada kalanya tangisan lebih menguasai dari tawa riang. aduhai.....takde ayat yang betul-betul boleh menggambarkan apa yang telah dilalui selamani.









ya Allah tabahkan hati aku untuk menempuhi dugaan yang mendatang.
permudahkanlah segala urusanku
AMIN









PS: ini bukan entri sedih lah. aku sedang mencari kekuatan!!! haha. ULFA SEMANGATLAH!!