Saturday, November 16, 2013

my 1st travelog ever! (episod 6)

Bismillah








Maaf atas kelewatan yang maha dasyat. Mesti mood orang nak membaca pun dah hilang. kuikui. Tapi ingatan kita tetap kuat! yeay!






Kebanyakkan dari pengalaman-pengalaman yang dibaca di blog-blog, mereka akan ke Paris bila ke London dan begitu lah sebaliknya. Memandangkan tempoh kami akan berada di UK hampir 2 minggu (13 hari), aku pun mula merengek-rengek pada Faiza untuk membawa kami ke Paris.


Atas sikap tidak mudah putus asa dan tidak mengenal erti kalah (sangat!) maka selepas proses adegen pujuk memujuk, akhirnya Faiza bersetuju untuk bawa kami melawat ke Paris!!! feeuhhhhh susah tau pujuk dia nih sebab hampir je Faiza tak setuju sebab dia dah pergi 2 kali. Ok sayang Faiza banyak-banyak!


Disebabkan terdapat beberapa masalah yang tidak dapat dielak, keputusan tarikh yang tepat untuk ke Paris diputuskan agak lewat menyebabkan harapan kami untuk menaiki euro train tidak berjaya akibat kekangan kawangan dek harga tiket melambung mahal (ingat lebih cepat tempah lebih murah?). Jadi kami telah menaiki MEGA BUS dari Conventry-London-Paris dengan harga 153.50 pound untuk 3 orang pergi dan balik. 



Perjalanan mengambil masa hampir 15 jam tambahan 3 jam menaiki feri. Pengsan!!!! Paris punya pasal ku gagahi jua! Tapi segala penat lelah mabuk laut kesejukkan kelaparan berbaloi apabila turun je train ternampak ini!!























EIFFEL TOWER DEPAN MATA!!!!





Terujanya hati ni Allah je tau. Kami yang muka kepenatan, keletihan cepat-cepat masuk tandas awam yang disediakan di merata kawasan untuk tambah makeup dan segarkan sikit muka nak bagi gambar cantik! tak nak la muka pucat-pucat dengan Eiffel Tower. Rugilah! 




















ya ya kami tahu kak ani over aksi. Boleh nampak keterujaannya. 

Ok tipu, saya pun. 








Kami dah sampai Eiffel Tower!!





Dah jumpa eiffel tower ni rasa macam dah tak nak pergi tempat lain. Macam dah cukup complete pergi Paris ni. Hakikatnya banyak lagi tempat yang boleh pergi.










Jom jenjalan tempat lain. Kita ada 1 hari je nak pusing Paris ni!








Disebabkan Faiza tak berapa sihat sepanjang kami di Paris, kami perlu banyak berhenti untuk bagi peluang dia berehat. Sorry Faiza. Bila penunjuk arah dah kurang sihat, kami konon-konon ambil alih tugas tu tapi macam sia-sia je. Mujurlah kami bawa peta Paris yang dicuri masa menginap di hotel London haritu. hehe




hai kakak berskaf merah boleh tunjukkan kami ke jalan yang benar?







Jadi kami teruskan sahaja langkah kami dengan berpandukan peta curi tersebut untuk ke destinasi-dentinasi seterusnya. Suhu kat sini nasib baik tak terlalu sejuk tapi sedang-sedang elok gitu.








Arc de Triomphe










ok acik anie sila teruskan berposing








Musée du Louvre















Dari sebelum bertolak ke Paris, kami dah siap-siap google map dulu macam mana nak ke Hard Rock Paris. Sebab tetiba rasa teruja pula nak kumpul baju Hard Rock sejak singgah di London hari tu. Tak sangka abang cashier ni bagi tau yang pelancong dari Malaysia antara yang paling ramai singgah di sini. Kami pun sempat jumpa beberapa pelancong yang dari Malaysia sedang ralit membeli belah. Tapi segan lah nak tegur-menegur tak macam pakcik yang baik hati kat Hard Rock London.






Siap dah beli untuk diri sendiri dan orang tersayang. 
Muka happy habis duit sebenarnya. sadis!






Keluar je dari Hard Rock terus nampak kedai makan halal depannya. Kami pun singgah memandangkan kami memang dah kehabisan bekal yang dibawa (roti+kaya) dan perut kemain dok main okestra je.





Jalan punya jalan, akhir makan kebab dan fries je sepanjang di Paris ni.
Sadis lagi.









Berehat sebentar sebelum naik bas untuk balik ke coventry semula malam nanti.












Disebabkan penat melampau sepanjang hari hanya berjalan kaki untuk pusing Paris, akhirnya kami menaiki teksi sahaja untuk ke tempat menunggu bas di Paris, Porte Maillot Coach park. Bas kami bertolak balik ke UK pada jam 11 malam. Maka bermulalah perjalanan pulang mengambil masa 15 jam atas bas dan 3 jam atas feri. ok pengsan lagi.


























Aloh jap je datang Paris. Dah nak balik dah malamnya. 




I will come back. 
I promise you Paris....