Saturday, December 31, 2011

luahan hati

alahai bila chek-chek balik tengok last post pada 17 november? perghh memang pemalas ini tuan punya blog. sejujurnya banyak kali aku dah taip tapi ntah la. lepas taip separuh, aku padam balik. taip lain nanti sampai separuh, aku padam balik lagi. kenapa? aku tak pasti. macam akan ada tak kena je.


alhamdulillah



sepanjang melalui tahun 2011 ni macam-macam suka duka tangis ketawa yang dah dilalui. =_='' ayat aku selalu baca kat orang lain punya ucapan azam tahun baru daaa. uhhhhhh.


setiap tahun yang dilalui hampir sama bagi aku. setahun tak cukup untuk betul-betul berubah sepenuhnya. 3 tahun? mungkin cukup masa yang telah diperuntukan dan tiba masanya untuk memulakan langkah yang baru. aku punyai impian yang besar. cukup besar sampai kadang kala memang takkan tercapai dek tangan aku kerana ketinggian aku tak mengizinkan. heh.


pertemuan, perpisahan. aku percaya semuanya tidak berlaku dengan sendirinya. Allah telah merancang aku bertemu dengan orang baru untuk aku pelajari seribu satu macam ragam manusia. aku tak sempurna mana tapi aku akan berusaha untuk kurangkan kekurangan yang ada dengan kelebihan yang aku boleh.


sahabat-sahabatku. kamu semua memang paling istimewa di hatiku. hidup ni betul-betul kosong tanpa sahabat. mungkin kadang kala kita ada saling menyakiti tapi ketahuilah aku sangat menghargai sahabat-sahabat yang sentiasa ada disisi ku.


sunyi. tolong pergi jauh-jauh boleh? cukup la 21 tahun kau menyelimuti aku. berilah aku peluang untuk mencuri sedikit kegembiraan. berapa aku perlu bayar? apa yang perlu aku korbankan untuk kebahagian itu?










2012








aku tak minta apa-apa. cukup lah DIA mendengar permintaan aku dalam setiap butir doaku. dan aku takkan putus asa. putus asa bukan sikap aku. 
aku mahukannya, aku cakap, aku akan usahakan. insyallah.









ntah mengapa ia masih mengamit hatiku. insyaallah. bersabarlah.