sambungan daripada my 1st travelog ever! (episod 1)
sambungan daripada my 1st travelog ever! (episod 2)
sambungan daripada my 1st travelog ever! (episod 3)
Waktu subuh di sini adalah pada jam 4 pagi dan magrib akan masuk kira-kira jam 9 malam. Jadi waktu siang di sini adalah lebih panjang berbanding di Malaysia.
Hari ke-2 di London
Selepas mendapat tidur yang cukup di atas tilam yang empuk tak sedar la heater bilik hotel ni on ke tidak, terpandang Faiza yang sedang membaca buku. Maaf Faiza terpaksa ganggu kamu yang sedang exam. Kami bergegas menyiapkan diri untuk bersarapan.
menu sarapan yang disediakan : mana nasi lemak ni???
Faiza pesan sarapan kenyang-kenyang bio sampai petang tak lapo. BAIK!
Selepas perut pun dah di isi, kami segera meninggalkan hotel dan menuju ke destinasi seterusnya. Hari ini kami bercadang ke Big Bang London dan Eye On London. Seperti biasa sepanjang perjalanan menuju ke sana, ada banyak tempat menarik yang boleh kita lihat. Walah beratus lagi gambar di ambil!!
dekat sini merata tugu. kami pun merata ambil gambar kat tugu-tugu ni :D
dekat padang pun boleh
rasanya tugu kat belakang tu tulis nama-nama perajurit diaorang yang terkorban
Memandangkan semalam kami tak puas ke Hard Rock London, kami bercadang untuk ke situ balik. Aku sendiri pun belum mula beli apa-apa sepanjang tiba di London maka mari kita cari sesuatu di Hard Rock!
Lapang sikit depat Hard Rock ni sebab kami pegi pagi-pagi
Masa nak masuk tetiba ada sekumpulan lagi pelancong dari Malaysia.
Baik makcik-makcik nih :)
si adik : kak ani uppa nak yang ni boleh?
si kakak: ini soalan atau permintaan mintak belanja?
eyh kita beli guna duit sendiri tau! *sambil buat aksi sapu habuk atas bahu. huh!
Suasana dalam Hard Rock London.
Acik tu tengah ralit memilih untuk orang-orang tersayang di Malaysia
khususnya di Tampin katanya.
Semasa hati tengah berbelah bagi nak pilih mana satu baju nak beli, ade seorang pak cik dari Malaysia tegur kami. Baiknye pak cik ni tak sombong siap sempat bergurau senda dengan kami. Pakcik tu terus je tolong pilihkan satu untuk aku. Yelah kita nak beli selai je lah mana mampu nak berlai-lai =.=. Kos untuk sehelai baju Hard Rock London dalam 23 pound ke atas. Kita ni saje-saje la jeling masa pak cik tu tengah bayar. Total dia belanja kat situ je dah 700 pound? Ok telan air liur banyak-banyak.
yeay! kami dah berjaya membuat tangkapan!
Setelah berjaya membeli di Hard Rock, kami bercadang untuk melihat acara "Change Of Guard" di Buckingham Palace. Tapi nasib tak berapa nak baik, acara tu tak ada pulak masa hari ahad. Maka berlalu la kami ke tempat lain. sobsobsob
Faiza : Cepat-cepat kang terlepas nak tengok abang-abang guard
disebabkan tak ada acara tersebut, maka kami bergambar kenang-kenangan jela di sekitar Buckingham Palace tu
patutnya guard lebih kurang macam ni lah yang kami nak tengok
tapi ni guard yang kat pondok kecik je
kak ani : kecik pun kecik la aku nak gak gambar sini =.=''
Ok buang jauh-jauh perasaan kecewa tu mari kita teruskan lagi perjalanan!
huh! majuk lah camni
jom la geng kita pi tempat lain
Kami pun berlalu la pergi ke tujuan utama kami pada hari ini
BIG BANG LONDON!
wooo wooo bas double decker original London!!! mau tak teruja? haha
Big Bang London
Lepas dah puas bergambar di Big Bang, kami menuju ke Eye On London pula
Eye On London
Kami tak naik pun Eye On London tu. Cukup sekadar ambil gambar. Ingat lagi motto kami? "jalan amik gambar je tak payah masuk!"
Sebenarnya sampai je sini kami dah tak ada idea nak ke mana. Faiza kata dia dah bawak ke semua tempat free yang ada kat London ni. Nak balik masih awal lagi.
Fikir
fikir
fikir...
PERGI ARSENAL JOM?
Mulanya Faiza tak pasti betul ke train yang kami ambil ni menuju ke Emirates Stadium, tapi fikir balik dah nama stop tu arsenal, ade la kot stadiumnya kat situ? Ok, jom pergi!
Nampak dah papan tanda dia! high five sikit Faiza!
Suasana dalam kedai cerdermata
Al kisahnya kami sebenarnya tak tahu pun mana-mana pemain kat Arsenal ni. Pergi sebab dah takde tempat nak tuju. Boleh? Konon-konon nak tengok jersey pun errr blur nak amik nama sape nih? Jadi kami buat kesimpulan jersey yang nama paling mahal tu la kot pemain dia paling popular? Duhh!!
Emirates Stadium
Puas dah kat sini, perut pun dah berbunyi. Tenaga yang diperoleh masa makan sarapan kat hotel dah sampai tahap paling rendah. Jadi marilah kita cari tempat untuk makan. Dari awal lagi nak sangat ke Malaysian Hall. Jadi kami pun ambil keputusan untuk makan di sana.
Suasana di dalam Malaysian Hall
Menikmati nasi lemak ayam dan teh tarik di London
Di Malaysian Hall ni semua makanan yang disediakan adalah makanan Malaysia. Untuk yang bermastautin atau tinggal kat sini boleh la melepaskan rindu makanan Malaysia dengan makan di sini. Harga? kalau convert Malaysia memang boleh menangis. Datang sini jangan fikir asik nak convert Malaysia je untuk makan. Mau kelaparan nanti. Untuk nasi lemak ayam dan teh tarik harganya dalam 7 pound. Gulp giteww~~
Perut dah kenyang, kami solat dan bersihkan diri di sini dan sambung kembali perjalanan kami untuk membeli cendermata. Kalau ikutkan banyak je jual cendermata kat tepi-tepi jalan. Tapi ada 1 tempat ni memang khas jual cendermata London dengan harga yang murah (murah takde la murah kalau dah convert tapi not bad!).
Acik ni sporting habis! Semua barang dia bagi diskaun. Siap-siap tampal depan kedai dia
Harga murah untuk rakyat Malaysia
cayalah!!!
Dekat sini korang boleh la beli segala jenis cendermata yang korang nak kat London ni. Magnet freezer, key chain, baju dan macam-macam lagi. Harga? Boleh tawar-menawar. Orang yang jual kat sini kebanyakkannya warga India dan Pakistan. Rambang mata dibuatnya. Hai la pound kenapa kau besar sangat nilainya haaa??
Sehari suntuk dah kami berjalan harini, jadi kami pun pulang la ke hotel dengan perasaan yang gembira.
Done shoping ole-ole London!
Tiba di hotel, kena mula kemas-kemas barang sebab esok kami akan meninggalkan London dan menuju ke Birmingham pula. Kat birm ni la nanti kami akan habiskan baki percutian kami di rumah Faiza dan rakan-rakannya. Ok ni tak sabar sebenarnya. Shoping sebenar akan berlaku di BIRMINGHAM!! letak tanda seru lebih-lebih!!!
CLARK
ZARA
TIMBERLAND
PERFUME
SPORT DIRECT
POUNDLAND
PRIMARK
TUNGGU KAMI!!!
Apa yang berlaku di birmingham?
to be continue.......
No comments:
Post a Comment