Monday, June 24, 2013

my 1st travelog ever! (episod 3)

Bismillah













Setibanya kami di London City Airport dan selesai adegen menunggu, eyh, ternampak Faiza, pegi kejar, berpelukan, pok pak pok pak tak sangka bla bla dll, Faiza segera ke kaunter khidmat pelanggan untuk buat oyster card kami. Kad ini wajib digunakan semasa menggunakan perkhidmatan train sepanjang berada di London. Harga untuk 1 kad oyster ni bernilai 5 pound dan automatik perlu isi reload 20 pound. Ala-ala kad touch and go. Jadi bila dah habis, boleh reload semula kad ni nanti.




ini lah rupanya Oyster Card



Destinasi pertama kami ialah ke Acton Town dimana terletaknya hotel kami sepanjang kami berada di London. Kos penginapan kami untuk 3 orang bagi 3 hari 2 malam ialah 112 pound yang telah ditempah awal oleh Faiza kira-kira sebulan sebelum kami tiba.




penting #1

Bagi urusan penginapan dan pengangkutan seboleh-bolehnya ditempah awal melalui online untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Kena la rajin-rajinkan diri selalu semak laman-laman web sebab jika bernasib baik akan ada tawaran murah. Cepat-cepat la grab masa tu ye! (bagi yang pemalas, tahniah! wang anda akan sia-sia je nanti!) 








destinasi pertama. ok kak ani, faiza cecuba tunjuk sikit





hotel kami 



Setelah selesai urusan daftar-mendaftar, cari line wifi, tunggu abg kemas bilik, amik semua risalah kat meja pendaftaran, letak beg, kemas-kemaskan diri kami tidak membuang masa teruskan operasi menjelajah London! YEAY!






Destinasi ke-2

Dengan menaiki kereta api bawah tanah kami menuju ke mercu tanda utama London iaitu London Bridge. Sepanjang perjalanan kami menuju ke situ, banyak tempat-tempat menarik yang kita akan jumpa. Itu pun kalau kita berjalan kaki. Kami yang masih teruja maha dasyat ( oii tipu la tak mengaku jakun) sana sini segala tiang, rumput, bangunan semua nak di ambil gambar. patutlah dalam 1 hari boleh ambil sampai 400-500 gambar =.=''










jalan-jalan eyh? jumpa LIMKOKWING. dan-dan kak ani nak sambung master kat sini. hehe







jalan-jalan lagi eyh? jumpa HARD ROCK LONDON







jalan-jalan lagi eyh? jumpa HARRODS








jalan-jalan lagi eyh? TOWER OF LONDON







Hampir 2 jam perjalanan dari hotel (boleh dikurangkan menjadi 15 minit kalau tak kerana setiap 10 langkah berhenti amik gambar), tiba la kami di London Bridge. feeuuhhhh~~








London Bridge


































Ya Allah punya la rasa teruja tak mampu nak kata apa-apa! Yang sebenarnya kalau nak, kita boleh naik jambatan tu tapi kami amalkan prinsip " jalan amik gambar je tak payah masuk! ". Kata pelancongan jimat. Hmmm memang jimat....


Jadi lepas dah puas dekat situ, kami pun beransur ke tempat lain pula. Tujuan dah takde nak pegi mana tapi macam biasa kami tak merungut! segala patung, jalan raya semua pun umpama destinasi menarik bagi kami. *Faiza tolong jangan geleng kepala ye







ok boleh la 70% berjaya tiru gaya




faiza : oii apa yang kau amik gambar sini? bukan ada apa pun!
me : shhhh mana ada kat Malaysia nih? =.=''





Happy nyer dier :D



Tapi dek kerana keletihan yang dasyat ( please saya belum tidur sejak dari Malaysia ok? tolak tambah dah dua hari lebih tak tidur) kami pun pulang ke hotel. Baru la faham makna "jet leg" bila dah sampai sini. Punya la bergaduh dengan Faiza kata "mana ada jet lag? aku ok je lah!'. Padahal letak je kepala atas bantal terus terlelap. 






Maka tamatlah hari pertama kami di London.



















OK jom balik!













Hari ke-2 di London?





To be continue......... :D

No comments: