Tuesday, June 18, 2013

How To Get From Paris Charles De Gaulle to Paris Orly Airport

baiklah seperti yang sedia maklum melalui post-post sebelum ini, ada dinyatakan bahawa kami perlu bergegas dari satu airpot ke airpot yang lain semasa transit di Paris apabila menaiki penerbangan Air France. jangan risau, tak susah dan sesukar mana pun. walaupun anda baru pertama kali mengalami masalah seperti ini (begitu juga kami). 


Semasa check in barang di KLIA, dapatkan dulu maklumat daripada petugas kaunter sama ada barang anda perlu di ambil di airport Paris CDG atau terus dihantar ke airport yang terakhir. maklumat boleh di dapati melalui label yang dilekatkan di beg anda.


Setibanya anda di Paris CDG, anda perlu mengambil laluan "exit" atau "claim baggage" ataupun dalam bahasa Perancis SORTIE. Jangan ambil laluan "connecting" kerana laluan tersebut untuk mereka yang akan menaiki kapal terbang seterusnya melalui Paris CDG juga. 


Laluan tersebut akan terus membawa anda ke kaunter imigresen. disini anda perlu menyediakan pasport dan jika ada, sertakan sekali boarding pass anda.


tips #1
Jangan membebel banyak. diam, senyum, dan tunjukkan je pasport dan boarding pass anda. jika ditanya baru jawab dengan menggunaan bahasa Inggeris semudah yang boleh (jika anda boleh berbahasa Perancis lebih bagus!). kerana melalui pengalaman, kami telah tersalah cakap sehingga menyebabkan petugas imigresen salah faham dan meminta kami untuk berpatah balik. 




boarding pass KLIA-PARIS CDG-PARIS ORLY-LONDON CITY



Masalah paling sukar kerana orang Perancis tidak boleh berbahasa Inggeris dan mereka memang tak nak layan kita lebih-lebih lagi yang bertudung. puas ditanya pada petugas yang menjaga ala-ala pengawal la tapi dorg buat tak layan sangat. hampa disitu. sobsobsob


Baiklah, selepas anda berjaya melepasi kaunter imigresen, lihat paparan skrin di luar untuk melihat di mana anda perlu mengambil barang anda (sekiranya beg anda perlu diambil di Paris CDG). anda perlu turun dari tingkat tersebut ke tingkat bawah untuk mengambil beg.


Ok, beg dah setel, sekarang anda perlu mencari pintu keluar untuk menaiki bas ke Paris Orly Airport. cari papan tanda, "bus" dan ikut sahaja laluan yang ada menunjukkan papan tanda bas. kemudian, anda akan jumpa kawasan menunggu bas yang memerlukan anda keluar dari pintu airport. mengikut penglaman, jarak antara tempat mengambil beg dengan tempat menunggu bas dekat je dalam 100 ke 150 meter. 


penting #1

Tunggu bas di pondok NOMBOR 3. bas dari pondok nombor 3 akan membawa anda terus dari Paris CDG ke Paris Orly Airport. jika anda ada lebih masa dan mahu meninjau-ninjau bandar Paris, anda boleh mengambil bas di pondok nombor 2. bas ini akan membawa anda sekitar bandar Paris terlebih dahulu dan destinasi terakhir adalah di Paris Orly.



peta laluan bas dari Paris CDG






tips #2

Jika ingin segera sampai ke Paris Orly dari Paris CDG, ambil bas di pondok nombor 3. bayaran semasa kami ketika itu 25hb Mei 2013 adalah sebanyak 20 euro. masa yang diambil untuk sampai adalah 40-50 minit jika tidak sesak dan 1 jam ke 1 jam lebih ketika waktu sesak.




tempat menunggu bas di Paris CDG



Tiket boleh dibeli semasa anda menaiki bas tersebut dengan pemandu bas. sediakan duit tunai secukupnya dan kalau boleh elakkan menggunakan wang yang besar, (duit dalam euro ye bukan RM)

Semasa di dalam bas anda boleh duduk di mana-mana tempat yang kosong dan jika tak bernasib baik anda perlu berdiri.




bas yang akan membawa anda dari Paris CDG ke Paris Orly




Setibanya di Paris Orly, pemandu akan membuat pengumuman dan pemandu akan menbantu mengeluarkan beg anda dari bas tersebut. melalui pemerhatian, Paris Orly Airport saling tidak tumpah seperti LCCT je. disini anda akan lebih sukar untuk bertanya kerana rata-rata petugas yang dijumpai langsung tidak menjawab dalam bahasa Inggeris. kami sendiri mengalami masalah tersebut apabila kami bertanyakan arah, dan mereka akan menjawab dalam bahasa Perancis. kami dengan senyum kambing berlalu pergi dengan hati yang hampa. sobsob lagi


Jangan risau, anda boleh berpandukan paparan skrin yang terdapat di sekitar airport tersebut untuk mengetahui kaunter mana yang perlu anda check in barang. di sebabkan airport ini kecil je maka lebih mudah untuk anda mencari kaunter check in. selepas selamat check in anda perlu melalui imigresen untuk ke "gate" flight anda seterusnya.


penting #2

Imgresen di sini lebih ketat di imgresen Paris CDG. kalau boleh, tanggalkan segala besi yang ada seperti jam tangan, gelang, tali pinggang dan sebagainya. bagi yang bertudung, kerongsang terkecuali. kasut seperti booth yang mempunyai besi juga perlu ditanggalkan. nak lebih selamat, tanggalkan je kasut walaupun ketika itu anda memakai kasut sukan dan masukkan ke dalam plastik yang disediakan untuk discan.

Setelah selesai di imigresen boleh la anda menuju ke gate flight seterusnya.


selamat berjaya!!

No comments: