Sunday, June 17, 2012

ter-sengeh-sendiri

berapa kerap dalam hidup ni apabila sesuatu yang kita lakukan, di pengakhiranya kita betul-betul fikirkan apa kesannya pada diri kita nanti? 


pernah terfikir?



tak terfikir?




tak mahu fikir?





tak tercapai dek akal pulok






kau dah tahu kau nak exam bulan depan, bulan ni kau masih bersenang-lenang pergi membeli-membeli-beli-beli belah, bersuka-suka-suka ria tak sentuh nota apetah lagi buku yang menggunung menunggu tuannya untuk dibuka?



kau beli gajet-gajet semua nak canggih. telefon canggih, laptop-laptop ni tak main dah sekarang main tab-tab sokmo. kamera ikut trend besar-besar tak kisah la besar mana janji boleh gantung kat leher orang dari 500 meter pun dh boleh nampak. tapi last-last kau sendiri tak pandai pun nak set setting apetah lagi nak baikinya kalau ade rosak dan lebih ironinya kau tak perlukan pun semua barang-barang tu tapi hanya untuk mengikut trend.




kau diarahkan untuk turun ke ceramah dan bagi menggalakkan kehadiran tetamu, pihak penganjur telah menjanjikan satu goody beg yang penuh dengan barang-barang cendermata. makanan dan minuman juga akan disediakan di akhir ceramah. maka kau dengan muka kelaparan, memang peminat makanan free, berpusu-pusu la ke majlis tersebut. tapi sampai nak habis pun, jangankan kata goody beg, sebotol air mineral pun dorg tak ada bagi untuk orang ramai. peruntukan tak cukup katanya.





kau bersusah payah nak menggembirakan hati kawan kau tak kisah kau la yang perlu bergolak gadai, menyusahkan diri, membelanjakan saki baki wang kau yang masih ada dengan harapan kawan kau tu dapat membaca maksud tersirat mengapa kau sanggup lakukan apa sahaja untuk menggembirakannya. tapi sayang.... dia tak melihatnya.






sumber gambar : google






inilah hakikatnya kehidupan. 
tak semua yang baik dibalas baik. 
tak semua yang kau mahu, kau dapat. 
tak semua boleh faham apa yang kau cuba sampaikan. 
hidup ini hanya untuk meraka yang cukup sabar... 
benar-benar sabar.