Thursday, December 30, 2010

terakhir

nampaknya 

ini kali terakhir

terakhir untuk

bersenang-lenang

tidur lepas pukul 12 malam

bangun tidur tak perlu fikir mana nak cari makanan

tak bangun tidur jam 5.30 pagi setiap hari

air di tandas sentiasa ada

sabun, syampu, berus dan ubat gigi sedia ada dalam tandas

tengok tv di chanel kegemaran

tak tengok tv di skrin sebesar tapak tangan

start je enjin kereta atau motor (biasanya motor lah...) terus ke tempat dituju

pakai helmet yang sangat kacak bagi aku

basuh baju guna mesin basuh

tak cuci baju guna dynamo

tak perlu kuarkan bb keluar tingkap

keluar berjalan-jalan pakai jeans

tengok wayang tak pakai baju kurung

pakai selendang (telah dan masih menambah skill)

bancuh teh tarik dan minum kat luar rumah sambil tengok pemandangan

siram pokok bunga

masak megi campur telur

minum nes O

makan atas meja yg dipenuhi dengan lauk-pauk

hari ahad baca surat khabar sebanyak 3 jenis (mingguan,berita harian,metro)

pakai cermin mata hitam bila bawak kete










untuk tahun 2010



ahhh...terlalu banyak untuk disenaraikan. tapi buat masa ni tu je yang aku terfikir







SELAMAT TINGGAL
 2010




SELAMAT DATANG 
2011








ps: ape azam tahun baru anda? aku tak ada azam apa-apa pun sebab aku tahu aku memamg tak kan penuhi azam tu dan silap hari bulan tak ingat pun aku ada azam! ok tak nak encik azam nak pi cari encik amin..ehe!






Friday, December 10, 2010

ini kekasih aku!

ok aku bukanlah jenis yang mudah jatuh cinta. tapi entahlah dengan satu makhluk ni aku memang mudah jatuh cinta. baru tengok je muka dia...haaa aku terus je rasa ringan tangan ni nak angkat lepas tu nak cium-cium mukanya. dan lagi satu aku suka picit-picit hidungnya sebenarnya. nasib baiklah hidung dia tak ade tulang ( yeke takde tulang? ) kalau tak memang dah patah riuk dah aku kerjakan.


baiklah tanpa membuang masa mari berjumpa dengan kekasih aku. ohh sebagai tambahan ini saja gambar yang aku ada. biasalah kekasih aku ni pemalu.....





memperkenalkan kekasih terbaru aku..dikdik..err..boleh tak sebutnya? sebenarnya asal dari perkataan adik. tapi tinggal suku kata yang terakhir iaitu dik lepastu disebut berganda. jadilah dikdik. mudah kan? dan lagi satu, kekasih aku ni popular. haha. ada satu video ni yang kucing tu sebijik dengan kekasih aku. tengok sini. aku dah tengok berjuta-juta kali pun masih tak bosan-bosan. ini salah satu terapi aku bila angin aku tak berapa nak baik ye kawan-kawan :)



ohh ye, yang sebenarnya aku berkongsi kekasih dengan mak, kakak dan abang. tapi maklah paling penyanyang. banyak kisah yang membuktikan mak memang macam ada satu hubungan yang sangat istimewa bila dengan kekasih dia ni. tak percaya kami satu keluarga berkongsi kekasih?





ok ini bukti pertama. abangku dengan khusyuknya sampai terpejam-pejam mata dia bila peluk kucing.







bukti kedua. yang ni ketua kucing. bukan kucing tu yang ketua kucing tapi puan yang bertudung hijau tu. haa sampai terjelir lidah kucing tu sebab mak peluk erat sangat kot..? 

















dalam kenangan.....









JONNY...SENTISA DI DALAM HATI..MANJAMU, MENGADA-NGADAMU, KEMALASANMU..KEKAL DALAM MEMORIKU..





ps: masih tertanya-tanya boleh tak kekasih aku ni menjadi sahabat baik kepada encik hamster? kena buat eksperiment ni nanti.