ok aku bukanlah jenis yang mudah jatuh cinta. tapi entahlah dengan satu makhluk ni aku memang mudah jatuh cinta. baru tengok je muka dia...haaa aku terus je rasa ringan tangan ni nak angkat lepas tu nak cium-cium mukanya. dan lagi satu aku suka picit-picit hidungnya sebenarnya. nasib baiklah hidung dia tak ade tulang ( yeke takde tulang? ) kalau tak memang dah patah riuk dah aku kerjakan.
baiklah tanpa membuang masa mari berjumpa dengan kekasih aku. ohh sebagai tambahan ini saja gambar yang aku ada. biasalah kekasih aku ni pemalu.....
memperkenalkan kekasih terbaru aku..dikdik..err..boleh tak sebutnya? sebenarnya asal dari perkataan adik. tapi tinggal suku kata yang terakhir iaitu dik lepastu disebut berganda. jadilah dikdik. mudah kan? dan lagi satu, kekasih aku ni popular. haha. ada satu video ni yang kucing tu sebijik dengan kekasih aku. tengok sini. aku dah tengok berjuta-juta kali pun masih tak bosan-bosan. ini salah satu terapi aku bila angin aku tak berapa nak baik ye kawan-kawan :)
ohh ye, yang sebenarnya aku berkongsi kekasih dengan mak, kakak dan abang. tapi maklah paling penyanyang. banyak kisah yang membuktikan mak memang macam ada satu hubungan yang sangat istimewa bila dengan kekasih dia ni. tak percaya kami satu keluarga berkongsi kekasih?
ok ini bukti pertama. abangku dengan khusyuknya sampai terpejam-pejam mata dia bila peluk kucing.
bukti kedua. yang ni ketua kucing. bukan kucing tu yang ketua kucing tapi puan yang bertudung hijau tu. haa sampai terjelir lidah kucing tu sebab mak peluk erat sangat kot..?
dalam kenangan.....
JONNY...SENTISA DI DALAM HATI..MANJAMU, MENGADA-NGADAMU, KEMALASANMU..KEKAL DALAM MEMORIKU..
ps: masih tertanya-tanya boleh tak kekasih aku ni menjadi sahabat baik kepada encik hamster? kena buat eksperiment ni nanti.
2 comments:
ko ader bela hamster k?//
nop. cz aq xbpe yakin nk bela dgn bilangan kucing2 yg byk kat umh aq ni.kang xsmpai 2 hari hbs lesap semua hmster2 tu. ehe!
Post a Comment