Agaknya lah kan, kalaulah setiap saat yang berlalu tu sama dengan emas yang berketul-ketul turun dari langit ke bumi, mesti manusia ni akan berebut-rebut kejar saat tu kan? Mesti mereka ni akan tadah tangan setiap masa tak pun siap sediakan bakul untuk tadah emas-emas tu. Kalau boleh tak nak secubit pun emas tu terlepas.Tapi kenapa manusia ni susah sangat nak menghargai masa ye?
Sejak dari kecil lagi aku pasti kita dah terbiasa dengan dialog ni.
Cikgu : Ingat murid-murid masa itu apa?
Tanya guru kepada murid-muridnya di kelas 1 Neptune pada suatu pagi di akhir pembelajaran Bahasa Melayu bab 13
Murid-murid : masa itu emas!
Jawab murid-murid dengan intonasi suara ala-ala upin dan ipin dengan penuh semangat sambil menunjukkan ekspresi muka yang sangat meyakinkan.
Tapi kenapa semakin dewasa kita, semakin kurang menghargai masa itu. Aku penah terbaca yang ‘’orang yang cemerlang adalah orang yang sentisa mendahului orang lain’’. Boleh tak aku mahu andaikan disini bahawa orang yang cemerlang adalah orang yang sentiasa menepati waktunya?
Contoh
Anda telah membuat temu janji dengan seorang sahabat untuk bersama-sama membeli-belah pada suatu hari. Waktu yang dijanjikan adalah pada pukul 2.30 petang. Waktu yang diambil dari tempat anda berada ke tempat yang dijanjikan adalah 20 minit. Jadi, pada pukul berapa anda perlu bertolak agar anda dapat sampai tepat pada waktunya..?
pergh boleh jadi tertidur tungu ko ni lah!!
Ok, tolonglah. Ni soalan murid di tahun 3 pun silap-silap boleh jawab.
Contoh ke-2
Kelas kamu bermula pada pukul 9 pagi. Jarak antara tempat tinggal kamu ke kelas mengambil masa 10 minit untuk sampai. Pada pukul berapakah waktu yang paling ideal untuk kamu memulakan perjalanan...?
Ok ni satu lagi soalan tahap rendah. Tapi pada pemikiran akulah, aku rasa tak sepatutnya kita tiba di kelas apabila guru dah pun sedia berada didalam kelas tu. Aku faham, sekali sekala kita mungkin terlewat kerana sebab-sebab tertentu tapi apa masalahnya apabila perbuatan itu dah jadi tabiat yang sukar dibuang...?
Lagi satu masalah yang dah lama tersemai dalam kebanyakan kita pada masa sekarang tidak terkeculi aku sendiri.
Menanguh-nanguhkan kerja
Kerja rumah yang boleh dibuat harini,dibuat esok
Basuh baju yang boleh dibuat pagi ni,dibuat petang
Basuh pinggan yang boleh dibuat sambil memasak, dibuat lepas siap makan
Siram pokok bunga pada setiap petang, dibuat selang dua ke tiga hari seminggu
Solat yang boleh dibuat pada awal waktu, dibuat pada akhir waktu
Dan sebagainya.
Cuba kalau......
Makan yang boleh dibuat tengahari ditangguh pada waktu malam?
Minum air dikala dahaga ditangguh sehingga betul-betul badan dah terhaidrasi
Tidur selama 6 jam sehari ditangguh hanya selama 2 jam sehari?
Waktu menonton televisyen pada setiap malam ditangguh pada hujung minggu saja?
Menonton wayang pada cerita yang ditunggu-tunggu ditangguh tak payah tengok langsung?
Dan sebagainya.
Baiklah peringatan untuk diri aku sendiri.. hargailah masa, sayangilah setiap minit yang berlalu, laluilah setiap saat yang dilalui dengan penuh kegembiraan dan rasa kesyukuran.
Ps: aku tak suka orang menunggu aku, jadi aku tak suka menunggu orang.
2 comments:
x moh la nek kuda...
kite patot yer berlari sprt harimau...
buat keje ngn cepat tnp tangguh tp dgn kualiti yng bek.....
n yng plng penting...tepati masa...
kalau kita berfikir seperti kancil pula boleh tak?
keje tak buat denagn cepat pun takpe janji sempurna dan siap pada waktu yang ditetapkan. orang ni memang susah nak tepati masa terutama dalam hal-hal yang memang perlu tepati. macam mana nak maju macam tu kan?
Post a Comment