Friday, October 21, 2011

perempuan dan kereta

perempuan dan kereta..memang tak dapat dipisahkan...





erk? betul la kan? 

mana ko nak angkut barang-barang shoping dapur stok sebulan tu kalau tak ke bonet kereta tak muat sumbat lagi sampai ke seat belakang? 

mana ko nak letak majalah hiburan buku-buku murid yang belum ditanda? 

mana ko nak gantung baju kurung mahal-mahal memang saje nak tayang kat orang masa kat trafik light? 

mana ko nak tayang shade koci gucci kalau tak time drive kereta? 





mana mana mana?!!






haipp diam! jangan menjawab! cikgu lepuk kang!





TAPI!!!!!!






bila bab penjagaan kereta.......perempuan dan kereta memang boleh dipisahkan.....







eh jap jap! cik-cik, kakak-kakak, mak-mak, puan-puan jangan naik angin dulu. bukan seemuuaaa... segelintir...besar je....




situasi 1:


yayang: abang,tolong tengokkan tayar kereta yayang tu. macam lembik je yayang tengok. apesal tayar depan tu tak sama dengan tayar belakang?


abang: yayang, tayar depan memang la tak boleh sama besar dengan tayar belakang. kan kat depan ade enjin mesti la lagi berat tu yang tayar depan nampak macam lebih lembik dari belakang.


yayang: oOoOooo



situasi 2:


yayang: abang, tolong tengokkan air kereta tu. yayang rasa macam dah kering je.


abang: yayang, bila kali terakhir yayang cheek air ni? ni bukan kering lagi tapi siap dah karat pun yayang.


yayang: oOoOooo



situasi 3:


yayang: abang, cepat datang!! kereta yayang tak hidup ni! tak boleh start!!


abang: yayang, cuba cheek kat gear tu. jangan kat N. sampai kiamat pun tak kan boleh jalan yayang.


yayang: oOoOooo



situasi 4:


abang: yayang! ape yayang pegang je dengan tangan penutup enjin kereta tu?


yayang: abang, yayang tak jumpe stand untuk dirikan penutup ni, tu yang yayang pegang je dengan tangan.












yayang: abang!! yayang nak beli kereta ni!!

abang: yayang, tu kapal terbang bukan spesis kereta yayang.....=___=












baik jadi penumpang jela lagi senang tak payah pening-pening kepala boleh bersuka ria dalam perjalanan. hooreeyy!!






note to my self : jangan geti bawak kereta je bawak-bawak la belajar ape fungsi setiap komponen yang ade kat kereta tu. 






Saturday, October 15, 2011

kala kesunyian
kala keseorangan
kala keboringan
kala kelaparan
kala....kala....sewaktu dengannya







aku suka termenung kat tingkap asrama aku ni










TENGOK KERETA LALU LALANG









uiks...apa kebenda keje ko buat nih ulfa..? serius.. tengok je kereta-kereta ni lalu lalang buat aku khayal. Sebab? Memamg dari sebelum pembahagian bilik pun aku dah awal-awal cop bilik yang tingkap mengadap jalan raya sebab aku nak tengok kereta lalu lalang! Entah kenapa aku rasa tenang je bila tengok kereta-kereta ni. Pagi-pagi nak sarapan sebelum ke kelas pun aku wajib selak langsir sebab nak menghendap orang tengok kereta lalu lalang. Dan kenderaan yang paling aku suka tengok ialah bas. Sebab? Aiii sebab lagi....... kerana aku suka membayangkan diri aku yang berada di dalam bas tersebut. Ohh ye lagi satu memang menjadi kegemaran aku untuk memilih bus sebagai pengangkutan utama aku balik kampung berbanding kereta. Bak kata diri aku sendirilah, bila naik bas lebih feeling balik kampung ahh dari naik kereta! baru rasa excitet nak nyanyi lagu balik kampung dengan gembiranya.



baiklah berikut adalah perkara-perkara atau apa-apa yang akan aku buat kala kebosanan di tempat belajar aku ni






melayari blog-blog


ok kenapa aku tak pilih facebook? sebab kat situ tak ada apa-apa yang menarik pun kecuali kadang-kadang ada gak la link yg best. sekali sekala jadi tempat aku bersembang dengan orang-orang yang jauh di mata dekat dihati. (ceewwaahhhh tp serius memang benar kenyataan ni) kalau tak facebook aku tu berfungsi untuk aku tahu apa-apa yang terjadi terutama kat tempat aku belajar ni. oleh itu cikgu akim, tolong jangan desak dan asik tanya bila saya mahu tutup akaun itu..plzzzzzzzzz ya dong!



melayari youtube


oleh kerana aku adalah peminat lagu-lagu baru yang tegar jadi aku gunakanlah kemudahan encik youtube ni untuk aku cari lagu-lagu yang aku suka. dan ye, baru-baru ni (lagi sekali aku tekankan baru-baru ini) aku baru mengetahui kegunaan chrome dan cara mudah untuk memuat turun menggunakan youtube downlod di google chrome dan boleh convert ke MP3 jadi  aku telah memuat turun dengan gigihnya! selamat tinggal 4shared- jakun sebab selamani tak penah tahu pun, buta ICT beno-





baca kamus


ini bukan lawak jenaka tapi aku memang suka baca kamus. tapi yang ironinya aku masih tak kuasai bahasa omputih ni haa. kenapa? mungkin sebab aku suka sangat makan megi zaman-zaman jahiliah dulu? baiklah aku memang tak ada koleksi buku-buku ilmiyah kecuali koleksi twilight dan harry potter. sebab buku-buku tu je yang aku boleh layan dengan khusyuknya. tapi terima kasih kepada cikgu liyana kerana baik hati meminjamkan koleksi novel beliau walaupun aku mengambil masa sebulan, dua bulan, tiga bulan atau ke atas untuk habis baca 1 novel........ok fine, jiwa aku bukan jiwa jiwang.





menonton wayang+kumpul tiket wayang


haaa part ni ada pengecualian sikit. kenapa? Sebab dalam banyak-banyak hobi yang kat atas, hobi ni je yang memerlukan duit tiap kali mahu dilaksanakan. Hehehe. Sebenarnya aq tak faham kenapa kawan-kawan aku suka cakap ‘ohh sorry..kalau cerita melayu i tak tengok kat wayang..’ amboi kau sombongnya. Kalau kau tak tengok cerita melayu kat wayang habis tu siapa lagi nak tengok? Orang kat negara Uganda...? eh tapi kalau cerita bukan melayu pun aku tengok juga. Baru adil namanya kan? Dan hasil-hasil dari tontonon ini secara automatik aku dapat kumpul tiket wayang! Tiket yang paling awal dan masih dalam simpanan aku ialah tiket tahun 2008. Sebelum-sebelum tu tak terdedah lagi dengan wayang mayang ni. Ialah,budak sekolah lagi mak mana bagi~~







rasanya tu je yang aku mampu senaraikan sebab...






sebab..







sebab...








serius..aku masih tak ada hobi yang mampu aku banggakan untuk aku mengaku ''ohh lihatlah dunia!! aku adah hobi tut tut tut!!!"








ps: aku ada banyak sangat idea untuk tulis sampaikan aku tak tahu mana satu nak tulis dan akhirnya aku ambil keputusan untuk tak tulis apa-apa. hohoho. entry ini ialah entry yang telah tertangguh hampir 3 bulan. bagai nak post segan tapi dah taip ku postkan je


Friday, October 7, 2011

pengalaman

alhamdulilah akhirnya terupdate gak blog ini setelah sekian lama. 
(ok cukup tu sebagai mukadimah)







sepanjang dua ke tiga bulan yang lepas, kehidupan tak banyak berubah. masih lalui hari-hari dengan melakukan rutin yang sama. tapi buat pertama kalinya aku dapat menjejakkan kaki ke negeri di bawah bayu. bertambah istimewanya, tu lah pengalaman pertama kali aku menaiki kapal terbang! -ok itu jakun sebenarnya-





selain itu juga, aku dah rangka beberapa pelan tindakan terbaru untuk memastikan aku terus menulis di sini. insyallah! terima kasih cikgu fizul yang telah bagi aku idea. akan aku pertimbangkan ye.















ada sesuatu yang menggamit aku untuk kembali ke sini nanti. 
terima kasih kerana telah membuatkan hati aku merasainya.