kala kesunyian
kala keseorangan
kala keboringan
kala kelaparan
kala....kala....sewaktu dengannya
aku suka termenung kat tingkap asrama aku ni
TENGOK KERETA LALU LALANG
uiks...apa kebenda keje ko buat nih ulfa..? serius.. tengok je kereta-kereta ni lalu lalang buat aku khayal. Sebab? Memamg dari sebelum pembahagian bilik pun aku dah awal-awal cop bilik yang tingkap mengadap jalan raya sebab aku nak tengok kereta lalu lalang! Entah kenapa aku rasa tenang je bila tengok kereta-kereta ni. Pagi-pagi nak sarapan sebelum ke kelas pun aku wajib selak langsir sebab nak menghendap orang tengok kereta lalu lalang. Dan kenderaan yang paling aku suka tengok ialah bas. Sebab? Aiii sebab lagi....... kerana aku suka membayangkan diri aku yang berada di dalam bas tersebut. Ohh ye lagi satu memang menjadi kegemaran aku untuk memilih bus sebagai pengangkutan utama aku balik kampung berbanding kereta. Bak kata diri aku sendirilah, bila naik bas lebih feeling balik kampung ahh dari naik kereta! baru rasa excitet nak nyanyi lagu balik kampung dengan gembiranya.
baiklah berikut adalah perkara-perkara atau apa-apa yang akan aku buat kala kebosanan di tempat belajar aku ni
melayari blog-blog
ok kenapa aku tak pilih facebook? sebab kat situ tak ada apa-apa yang menarik pun kecuali kadang-kadang ada gak la link yg best. sekali sekala jadi tempat aku bersembang dengan orang-orang yang jauh di mata dekat dihati. (ceewwaahhhh tp serius memang benar kenyataan ni) kalau tak facebook aku tu berfungsi untuk aku tahu apa-apa yang terjadi terutama kat tempat aku belajar ni. oleh itu cikgu akim, tolong jangan desak dan asik tanya bila saya mahu tutup akaun itu..plzzzzzzzzz ya dong!
melayari youtube
oleh kerana aku adalah peminat lagu-lagu baru yang tegar jadi aku gunakanlah kemudahan encik youtube ni untuk aku cari lagu-lagu yang aku suka. dan ye, baru-baru ni (lagi sekali aku tekankan baru-baru ini) aku baru mengetahui kegunaan chrome dan cara mudah untuk memuat turun menggunakan youtube downlod di google chrome dan boleh convert ke MP3 jadi aku telah memuat turun dengan gigihnya! selamat tinggal 4shared- jakun sebab selamani tak penah tahu pun, buta ICT beno-
baca kamus
ini bukan lawak jenaka tapi aku memang suka baca kamus. tapi yang ironinya aku masih tak kuasai bahasa omputih ni haa. kenapa? mungkin sebab aku suka sangat makan megi zaman-zaman jahiliah dulu? baiklah aku memang tak ada koleksi buku-buku ilmiyah kecuali koleksi twilight dan harry potter. sebab buku-buku tu je yang aku boleh layan dengan khusyuknya. tapi terima kasih kepada cikgu liyana kerana baik hati meminjamkan koleksi novel beliau walaupun aku mengambil masa sebulan, dua bulan, tiga bulan atau ke atas untuk habis baca 1 novel........ok fine, jiwa aku bukan jiwa jiwang.
menonton wayang+kumpul tiket wayang
haaa part ni ada pengecualian sikit. kenapa? Sebab dalam banyak-banyak hobi yang kat atas, hobi ni je yang memerlukan duit tiap kali mahu dilaksanakan. Hehehe. Sebenarnya aq tak faham kenapa kawan-kawan aku suka cakap ‘ohh sorry..kalau cerita melayu i tak tengok kat wayang..’ amboi kau sombongnya. Kalau kau tak tengok cerita melayu kat wayang habis tu siapa lagi nak tengok? Orang kat negara Uganda...? eh tapi kalau cerita bukan melayu pun aku tengok juga. Baru adil namanya kan? Dan hasil-hasil dari tontonon ini secara automatik aku dapat kumpul tiket wayang! Tiket yang paling awal dan masih dalam simpanan aku ialah tiket tahun 2008. Sebelum-sebelum tu tak terdedah lagi dengan wayang mayang ni. Ialah,budak sekolah lagi mak mana bagi~~
rasanya tu je yang aku mampu senaraikan sebab...
sebab..
sebab...
serius..aku masih tak ada hobi yang mampu aku banggakan untuk aku mengaku ''ohh lihatlah dunia!! aku adah hobi tut tut tut!!!"
ps: aku ada banyak sangat idea untuk tulis sampaikan aku tak tahu mana satu nak tulis dan akhirnya aku ambil keputusan untuk tak tulis apa-apa. hohoho. entry ini ialah entry yang telah tertangguh hampir 3 bulan. bagai nak post segan tapi dah taip ku postkan je
6 comments:
ok fine...!!!Huhuhu.....hobi pe bende tgk keta lalu lalang..cubala ko bygkan ada kancil aku kan bes..huhu
alamak...tgk keta lalu lalang tu bukan termasuk dlm kategori hobi-hobi semalysia eh? aihhhh..kete ko tu xpyh dibygkan,asal nmpk kancil sme wrna je dh trbyg dlm kete tu ko tau!
heeeee....mesti ko rindu nak naek keta aku ehhh??hehehehhhhh=P
mcm mne nak rindu kalau mmg lgsg xde kesempatan nak naik pun? so perkataan yg sesuai bukan rindu tp teringin~ uhhhhh
hehehe...sila dtg ke kk skang jugak..!!!! nk jupe ko..~....=(
insyaallah kalau ada rezeki pasti akan sampai nanti:)
Post a Comment