berlalu sudah ramadhan yang barakah
muncul pula syawal yang meriah
mari kita rapatkan ukhwah
agar hubungan menjadi utuh
di pagi syawal yang indah
si ibu siap sudah menyediakan segala macam jenis masakan
menantikan kepulangan anak-anak tercinta
ditemani kucing kesayangan di pangkuannya
clice cerita drama kat tv selalu macamni hakikatnya dua ke tiga hari sebelum raya semua orang dah berpusu-pusu balik kampung kalau tak mana mungkin jem sana sini, tiket bus SOLD OUT, 'ulat tiket' kekenyangan berjaya mengutip hasil yang lumayan dan makanan kat bazar ramadhan habis licin!
semua tu tak jadi masalah malah menjadi satu macam jenis kemeriahan yang hanya akan dapat dirasai semasa musim perayaan sahaja. tersengeh sendiri pabila mak-mak mula memikirkan langsir baru, sarung kusyen baru, kuih-kuih raya serba serbi persiapan raya. tetapi yang pasti semua tu tidak penting. tiada yang lebih membahagiakan apabila seluruh ahli keluarga dapat berkumpul bersama-sama duduk semeja sebangku 'macam muat pulak kerusi tu' sepinggan 'lagi mustahil' seorang berpinggan-pinggan mungkin la jugak, bersalam bermaaf sesama kita di hari raya.
maka adik-adik, abang-abang, kakak-kakak yang kecil yang besar yang tua mahupun muda marilah sama-sama kita memeriahkan sambutan aidilfitri dengan riang rianya
4 comments:
the only reason why i miss ramadhan is that ALL ghosts n satans are runnin wild again.
ohh i missed ramadhan so much dude! nikmat bersahur,praktikal semasa berpuasa. bayak pengalaman indah sepanjang ramdahan kalini =___=
selamat hari raya aidilfitri maria... hehe..
yup, byk benda yg akan dirindu spnjg puasa kali ni..
(^_^)
selamat hari raya maaf zahir batin yana! yup! dan salah satu yang aku rindu ialah gelak tawa bersama kamu. huhu =___=
Post a Comment