Saturday, March 3, 2012

kerjaya sampingan

terima kasih buat shikin atas idea ini. huehuehue (dalam nada gelak jahat tak bagi kau tidur)


pernahkah anda tak terfikir untuk jadi kaya, duit berkepuk-kepuk, ada harta yang banyak, membeli belah tanpa batasan (oh ini paling mahu tak ragu-ragu!)?








PERNAH?








ok tipu






bohonglah kalau tak pernah terfikir nak semua tu. bagi bakal-bakal penjawat awam seperti aku ni, rasanya kalau harapkan makan gaji je, insyallah boleh tampung hidup sementara masih seorang. kenapa seorang? kenapa tak berorang-orang? ye, kalau seorang memang agak mewah. boleh beli kereta sendiri, rumah sendiri, batik baru tiap bulan, makan sedap-sedap. tapi tu SEORANG.


macam mana kalau dah mula berkeluarga nanti? 


1+1=3




haaa masa tu, baru terasa peritnya hidup kalau hanya bersumberkan kewangan dari sebagai penjawat awam yang biasa-biasa. jadi perlu ke kerja sampingan? jawapan? YUP PERLU!




gembira rasa hati bila tengok rakan-rakan seperjuangan mula berjinak-jinak dalam kerjaya sampingan. berniaga kebanyakkannya. (dah mula kumpul duit nak kawin letuww) cakap apa je, tudung, baju muslimah, blouse, brooch, makeup, perfume, shawl hinggakan produk kesihatan pun ada. BAGUS!






mudah kan jadi kanak-kanak? tak perlu fikir apa-apa








besar harapan aku agar kerjaya sampingan yang diceburi tu mendatangkan pulangan yang kalau tak pun sangat menguntungkan tapi sekurang-kurangnya memberikan pengalaman dan tahu bukan mudah untuk berjaya.








bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah

Tuesday, January 31, 2012

tak reti-reti eh kau ni?

kiah oh kiah! ko buat ape tu? meh ler duduk sini kita sembang-sembang hal negara aku dengar anak ko nak dah mula mengajar eh? boleh la kenenkan dengan anak aku..... dan bersambung




oiii mai! Bape kali aku nak kene ajarkan kau ni haa? Tak faham-faham gak? Kan aku dah pesan sebelum nak tumis bawang tu minyak nak kene panas betul-betul baru boleh masukkan bawang....dan bersambung




dah dah la tu. Takkan tercapai impian kau tu walaupun sehebat mana usaha kau buat. Tengok tu haa si Adzim tu, dah banyak kali cuba tak gak dapat kopek buat durian tu. Dah naik hancur dah aku tengok buah durian tu di cincang-cincangnya....dan bersambung




aku rasa kau patut berhenti dari buat keje semua ni. Bukan mendatangkan hasil apa-apa pun.  Yang kau dok kejar-kejar lagi cita-cita yang tak kan kesampaian tu buat ape?.....dan bersambung




dia dah bahagia pun Dhia oii dengan kehidupan dia sekarang. Itu la dulu suruh bagitahu awal-awal kau tak mahu. Sekarang sila gigit kain sampai jadi baju kurung kedah cepat!!







Kadang-kadang hati ni memang degil bukan? 








tak percaya? 





habistu kenapa kalau kau dah tahu sambal belacan tu pedas tapi kau masih nak culit sikit masa makan? kenapa kau masih nak menipu sedangkan kau tahu menipu itu berdosa? kenapa kau nak susah-susahkan diri buat kerja sedangkan kau tahu kau boleh berehat-rehat biar orang lain yang buat? kenapa kau masih menaruh harapan pada sesuatu yang kau sendiri tak pasti?







ye encik checing ada nak komen apa-apa?

"saya suka makan friskies. tapi lau nasi campur ikan bilis je pun saya sukaaaaaa. 
nyum nyum!"






kadang kala memang perlu menipu..menipu hati untuk kebahagian yang kita tak sanggup nak hadapi. kau memang tak reti- reti kan?

Thursday, January 19, 2012

singgah sebentar

Tak semua kau rancang akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta
Mungkin lebih baik kau ku lepas saja




chorus





Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku
Ini tidak adil
Untuk engkau bertanya jika ku mencintaimu juga
Tidak adil tidak adil baginya

Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucap tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah cuba kau ringankan


ulang chorus




Kau bukan milikku
Dan aku memang penakut

Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku











kalau ye pun ada masalah
kenapa bermasam muka?


kalau ye pun tengah sakit hati
kenapa bermasam muka?





kalau hati terluka macam mana pun....






teruskan tersenyum kerana itu penawar yang paling mujarab untuk mu.....







ps: kombinasi donut bersama teh ais memang terbaik di nikmati kala petang yang panas. hehehe

Saturday, December 31, 2011

luahan hati

alahai bila chek-chek balik tengok last post pada 17 november? perghh memang pemalas ini tuan punya blog. sejujurnya banyak kali aku dah taip tapi ntah la. lepas taip separuh, aku padam balik. taip lain nanti sampai separuh, aku padam balik lagi. kenapa? aku tak pasti. macam akan ada tak kena je.


alhamdulillah



sepanjang melalui tahun 2011 ni macam-macam suka duka tangis ketawa yang dah dilalui. =_='' ayat aku selalu baca kat orang lain punya ucapan azam tahun baru daaa. uhhhhhh.


setiap tahun yang dilalui hampir sama bagi aku. setahun tak cukup untuk betul-betul berubah sepenuhnya. 3 tahun? mungkin cukup masa yang telah diperuntukan dan tiba masanya untuk memulakan langkah yang baru. aku punyai impian yang besar. cukup besar sampai kadang kala memang takkan tercapai dek tangan aku kerana ketinggian aku tak mengizinkan. heh.


pertemuan, perpisahan. aku percaya semuanya tidak berlaku dengan sendirinya. Allah telah merancang aku bertemu dengan orang baru untuk aku pelajari seribu satu macam ragam manusia. aku tak sempurna mana tapi aku akan berusaha untuk kurangkan kekurangan yang ada dengan kelebihan yang aku boleh.


sahabat-sahabatku. kamu semua memang paling istimewa di hatiku. hidup ni betul-betul kosong tanpa sahabat. mungkin kadang kala kita ada saling menyakiti tapi ketahuilah aku sangat menghargai sahabat-sahabat yang sentiasa ada disisi ku.


sunyi. tolong pergi jauh-jauh boleh? cukup la 21 tahun kau menyelimuti aku. berilah aku peluang untuk mencuri sedikit kegembiraan. berapa aku perlu bayar? apa yang perlu aku korbankan untuk kebahagian itu?










2012








aku tak minta apa-apa. cukup lah DIA mendengar permintaan aku dalam setiap butir doaku. dan aku takkan putus asa. putus asa bukan sikap aku. 
aku mahukannya, aku cakap, aku akan usahakan. insyallah.









ntah mengapa ia masih mengamit hatiku. insyaallah. bersabarlah.

Thursday, November 17, 2011

diet? tak payah lah.

penah dengar diet yoyo? ape tak pernah? bagus...kalau dah tahu pun buat-buat la tak tahu eh baru la seronok sikit aku nak menerangkannye khas untuk kamu, kamu..ye kamu yang baca ni la takkan makcik jual sate tu pulak. aiihhhh!!


baiklah adik-adik sekalian, diet yoyo ialah diet yang main-main atau dalam kata lain tak serius. kejap-kejap rasa ''baiklah aku berjanji mulai hari demikian pada tarikh demikian dan waktu demikian. aku akan mula berdiet!!"



aleh-aleh ade kawan call tanye ''beb, we really need you. we only lack one more person to join this mcd delivery"


disebabkan rasa kasih dan sayang tak terbelah bagi kepada rakan yang memerlukan bantuan tu, maka TERjoin la sama dalam akikah mcd tu. note: ayam goreng sepotong bersamaan dengan 255 kalori.









'kalau dah macam ni gaya pemakanannye memang diet ko fail la!! 
dah tak payah nak peace pulak perli ape?'








aduh,dah makan memang rasa penyesalan yang meluap-luap tak mampu nak diungkapkan dengan kata-kata. sungguh!!!



kenapa payah sangat nak kekalkan diet yang seimbang sebaliknya kita mudah je akan cenderung melakukan diet yoyo. mana taknye kalau dah ko berkawan dengan pelahap  hobinya makan, tak ke ko sama-sama akan terjebak ke dalam kancah hobi tu jugak?


rasa-rasanye kalau iman tak bape kuat tu buat-buat la elakkan diri tu ke gudang makanan sebab kat situ la tempat paling nafsu lagi melonjak-lonjak untuk pegi rasa makanan yang ada kat situ.








 contoh makanan yang kategori sihat la juga. sila abaikan air yang mengiurkan tu. 
silap kombinasi menu ni =__=''








ps: i'm on diet~ ini auta!!