Bismillah
sambungan daripada my 1st travelog ever! (episod 1)
sambungan daripada my 1st travelog ever! (episod 2)
sambungan daripada my 1st travelog ever! (episod 3)
sambungan daripada my 1st travelog ever! (episod 4)
sambungan daripada my 1st travelog ever (episod 5)
sambungan daripada my 1st travelog ever (episod 6)
Part final kemain liat betul owner blog ni nak mula menulis. Tapi jangan malas-malas! Ini je antara kenangan mana tahu nak imbas kembali memori indah untuk dikongsi bersama suami dan anak-anak tersayang akan datang. hiks
Maka setelah 13 hari berada di rantau orang, tekak dah mula rindu sambal belacan, rindu cuaca panas, rindu nak minum coolblog, rindu nak jumpa orang kampung maka kami dengan berat hati meninggalkan birmingham menuju ke heatrow airport. Faiza dah siap-siap belikan kami tiket bas yang akan terus mambawa kami ke terminal kapal terbang dari Coventry.
Hari yang sama kami akan pulang ke Malaysia, keluarga yasmin (housemate Faiza) pun nak gerak ke London untuk melawat sana pula sebelum pulang ke Malaysia esoknya.
mak long. Ramah sangat. Sampai masuk bilik kami borak-borak atas katil
siap mintak tolong tukarkan password facebook. Masak sama-sama kat dapur.
mak long kita rindu mak long :'(
yasmin dan keluarga nak bertolak ke London. Kami nak balik Malaysia dah. sobsobsob
Terima kasih banyak Faiza.
Keadaan dalam bas. Semua penumpang perlu pakai tali pinggang yek!
Bye bye Birmingham
Selepas hampir 3 jam perjalanan Coventry - Terminal 4 Heathrow London muka kak ani nampak kelat. Sedih mungkin? Atau mungkin tidak sabar pulang pada yang tersayang?
Selepas selesai urusan dapatkan boarding pass. Kami tak dapat duduk sama untuk
seat Paris - KLIA. Sadis. Duduk dalam flight sama tapi jauh-jauh untuk 13 jam perjalanan?
ok duduk diam-diam je nanti
Lepastu cepat-cepat lari nak minum kat costa sebab bila sampai UK ni tengok costa merata-merata berbanding starbuck. lagipun nak habiskan saki-baki duit syiling pound. Bayar guna syiling sekeping-sekeping. Nasib baik acik cashier baik.
oh memang sedap pun
Bye UK :')
Perjalanan mengambil masa 2 jam London - Paris dan setibanya di Paris, kami menaiki semula kapal terbang selama 13 jam Paris - KLIA
Alhamdulilah selamat tiba di KLIA jam 2.45 petang Jumaat 7 Mei 2013. Terus jet lag seminggu. haih =.=''
Kehidupan Adem kembali tidak tenang dengan kepulangan kami.
Maka tamatlah travelog yang pertama. LONDON+PARIS. Terlalu banyak pengalaman pahit manis yang tak mungkin dilupakan. Terima kasih kepada semua yang membantu sepanjang percutian kami ini terutamanya Faiza dan Wandy (tak pasal-pasal terbabit sebab mintak tolong belikan tiket flight. hehe)
Sekian. Jom pergi tempat lain pula!
No comments:
Post a Comment