Sunday, August 19, 2012

penantian yang berakhir


berlalu sudah ramadhan yang barakah
muncul pula syawal yang meriah
mari kita rapatkan ukhwah
agar hubungan menjadi utuh




di pagi syawal yang indah
si ibu siap sudah menyediakan segala macam jenis masakan
menantikan kepulangan anak-anak tercinta
ditemani kucing kesayangan di pangkuannya



clice cerita drama kat tv selalu macamni hakikatnya dua ke tiga hari sebelum raya semua orang dah berpusu-pusu balik kampung kalau tak mana mungkin jem sana sini, tiket bus SOLD OUT, 'ulat tiket' kekenyangan berjaya mengutip hasil yang lumayan dan makanan kat bazar ramadhan habis licin!


semua tu tak jadi masalah malah menjadi satu macam jenis kemeriahan yang hanya akan dapat dirasai semasa musim perayaan sahaja. tersengeh sendiri pabila mak-mak mula memikirkan langsir baru, sarung kusyen baru, kuih-kuih raya serba serbi persiapan raya. tetapi yang pasti semua tu tidak penting. tiada yang lebih membahagiakan apabila seluruh ahli keluarga dapat berkumpul bersama-sama duduk semeja sebangku 'macam muat pulak kerusi tu' sepinggan 'lagi mustahil' seorang berpinggan-pinggan mungkin la jugak, bersalam bermaaf sesama kita di hari raya.



maka adik-adik, abang-abang, kakak-kakak yang kecil yang besar yang tua mahupun muda marilah sama-sama kita memeriahkan sambutan aidilfitri dengan riang rianya





SALAM AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR BATIN


Sunday, June 17, 2012

ter-sengeh-sendiri

berapa kerap dalam hidup ni apabila sesuatu yang kita lakukan, di pengakhiranya kita betul-betul fikirkan apa kesannya pada diri kita nanti? 


pernah terfikir?



tak terfikir?




tak mahu fikir?





tak tercapai dek akal pulok






kau dah tahu kau nak exam bulan depan, bulan ni kau masih bersenang-lenang pergi membeli-membeli-beli-beli belah, bersuka-suka-suka ria tak sentuh nota apetah lagi buku yang menggunung menunggu tuannya untuk dibuka?



kau beli gajet-gajet semua nak canggih. telefon canggih, laptop-laptop ni tak main dah sekarang main tab-tab sokmo. kamera ikut trend besar-besar tak kisah la besar mana janji boleh gantung kat leher orang dari 500 meter pun dh boleh nampak. tapi last-last kau sendiri tak pandai pun nak set setting apetah lagi nak baikinya kalau ade rosak dan lebih ironinya kau tak perlukan pun semua barang-barang tu tapi hanya untuk mengikut trend.




kau diarahkan untuk turun ke ceramah dan bagi menggalakkan kehadiran tetamu, pihak penganjur telah menjanjikan satu goody beg yang penuh dengan barang-barang cendermata. makanan dan minuman juga akan disediakan di akhir ceramah. maka kau dengan muka kelaparan, memang peminat makanan free, berpusu-pusu la ke majlis tersebut. tapi sampai nak habis pun, jangankan kata goody beg, sebotol air mineral pun dorg tak ada bagi untuk orang ramai. peruntukan tak cukup katanya.





kau bersusah payah nak menggembirakan hati kawan kau tak kisah kau la yang perlu bergolak gadai, menyusahkan diri, membelanjakan saki baki wang kau yang masih ada dengan harapan kawan kau tu dapat membaca maksud tersirat mengapa kau sanggup lakukan apa sahaja untuk menggembirakannya. tapi sayang.... dia tak melihatnya.






sumber gambar : google






inilah hakikatnya kehidupan. 
tak semua yang baik dibalas baik. 
tak semua yang kau mahu, kau dapat. 
tak semua boleh faham apa yang kau cuba sampaikan. 
hidup ini hanya untuk meraka yang cukup sabar... 
benar-benar sabar.



Friday, May 18, 2012

how you wish it's happen?

10.00 malam

di hatimu terdetik, ohh masih awal. ada 2 jam lg.. lalu kau sengaja menyibukkan diri mu dengan melakukan perkara lain. tapi di dalam hatimu berdebar-debar.


11.50 malam

kau mula duduk dan termenung kosong ke skrin komputer riba yang sedia menemani kamu. debaran semakin terasa...


11.59 malam

kau mula tertanya-tanya, apakah keajaiban bakal berlaku? akan adakah sesuatu yang istimewa akan berlaku..


12.00 tgh mlm


...................................... SELAMAT HARI LAHIR



                                             *******************************************





jadi bagaimana kamu mahukan 12.00 tengah malam tu berlalu?


seseorang melamar kamu? (amboi kemain kau!!)
menanti siapakah gerangan orang pertama yang akan memberikan ucapan selamat hari lahir kepada kamu?
surprise party?
rakan-rakan serang kamu dengan tepung?





tidur buat tak tahu..........










pernah pula terfikir bagaimana kamu mahu harimu itu 
diakhiri dengan kejutan yang bagaimana?

















jawab ucapan di facebook..... (forever alone) T_T








walawehhhhhh yang ni kalau aku hari-hari pun mesti mau!!!







ps: selamat hari lahir pada diri sendiri tak tau malu biarlah ade orang nak marah aku tak kisah bye! aha!

Monday, April 30, 2012

lama sudah

pejam celik 
pejam celik
pejam 
pejam 
pejam





eh kau ni tidur ke ape? pejam lelama lak. bangun! bangun! bangun MALAYSIA bangun! ( semangat sempena olimpik tetiba )




alhamduliah walaupun lama aku tak menjenguk ke tempat ni, tapi yang sebenarnya hati rindu nak mencoret sesuatu. lama juga aku tak merapu cerita yang bukan-bukan. naaa tak mahu la sesuatu yang tak mendatangkan ilmu. terfikir juga macam mana seseorang tu mampu untuk mengarang sebuah cerita ya?




ok cukup.




apa gunanya ada sahabat jika kesenangan kita mereka ingin tumpang, 
kesusahan kita mereka menjauhkan diri masing-masing -us AI




apa-apa hal pun, akan berusaha sedaya upaya merajinkan diri meng-update- disini


chow!



Friday, March 16, 2012

penamat cerita

dasyatnya perasaan ini
tak terungkap dengan kata-kata




hati menangis
tak mampu menatap dengan lebih lama




mungkin silap aku dahulu
terlalu terburu menaruh 




puas sudah ku cuba menerima
tapi sering kali ku gagal




bertabah la hati
mungkin ini takdirnya




akan ada yang menanti nanti
insyaAllah.......


















maaf,kita bukan sahabat baik lagi. jangan dipersoal apa salahmu, tapi aku yang mengambil keputusan ini. jangan risau, segala ingatan dahulu akan kuluputkan satu persatu. moga berbahagia 'sahabat'