Monday, December 31, 2012

permulaan 2013

alhamdulilah masih diberi kesempatan untuk meluangkan masa disini. di blog ini. di laman ini yang dah lama di anak tirikan. haih sahabat, motivasi masih belum cukup kuat untuk serajin yang boleh disini. sibuk mungkin? sibuk hal dunia memang tiada kesudahan.












alasan sokmo la kau nih ulfa~booo!







2012


terlalu banyak peristiwa yang berlaku pada tahun ini.


suka
duka
gembira
sedih


memang asam garam kehidupan bukan? tak mungkin 24/7 kita sentiasa gembira dan tak mungkin juga akan sentiasa sedih. memang kurang nikmat dunia la kalau sama je. pertemuan, perpisahan memang paling sukar untuk dihalang dari terus menerus berlaku. tapi tidak semua perpisahan itu bermaksud selamat tinggal buat selamanya bukan?


setiap peristiwa yang berlaku kadang kala memang sangat diluar kawalan. jatuh cinta, terluka, disakiti, disayangi, dirindui memang lumrah perasaan yang sukar untuk difahami. tetapi yang pasti setiap apa jua yang berlaku pasti ada hikmahnya. yang baik itu datang dari Allah, yang buruk datang dari diri kita sendiri.





pengalaman





jujurnya aku seorang yang sangat dambarkan pengalaman. sentiasa mengejar untuk mengutip 1001 pengalaman yang boleh. mungkin para sahabat sering meraguinya. tetapi bagi sahabat rapat yang sedia maklum, mereka memang akan gentar bila aku mula menyuarakannya. haaaa ketaq dah lewwteww....







2013



sama sahaja seperti tahun-tahun sebelumnya. diharapkan akan lebih


murah rezeki
kesihatan yang baik
kegembiraan tanpa batasan
pengalaman yang menyeronokkan







eeuuuyyyhh tak best sungguh azam kau tu ulfa... =_=''








ladies and gentlemen, please wear your seat belt because we are going to next destination. 2013. thank you for choosing 'jet water airlines'. wishing you good luck and had a safe 'journey'






baiklah tingkatkan prestasi 
lebihkan produktiviti 
agar kehidupan akan lebih berkualiti! 



yeay! macam pantun sudah!!!









ps: selamat tahun baru 2013 kamu. ya kamu! :D


Tuesday, October 16, 2012

berkira

nenek : nak pegi mana tu cu?
cucu : nak pegi kedai kejap nek. nek nak kirim?
nenek: belikan nenek bawang dua biji, lada 4 tangkai, kentang sebijik. nah ni nek bagi sepuloh hinggit.


balik dari kedai

cucu : nek ni barangnya.
nenek: duit bakinya mana?
cucu : baki dua puloh sen je nek, cu amik je buat upah eh?
nenek : eh takde takde, bak sini baki dua puloh sen tu. lama-lama simpan boleh jadi banyak gak.




********




junaidah : salmah petang ni kau free?
salmah : free sangat. kenapa?
junaidah : nanti petang tolong aku hias kelas eh
salmah: eh semalam aku dah tolong kau. budak-budak lain mana?
junaidah : budak-budak lain semua ada urusan diaorang lain. lagipun kau yang pandai menghias. tu mintak tolong kau hias.
salmah : hmm petang ni aku nak keluar, baru teringat ada barang nak beli
junaidah : pulak...




*********




suatu petang yang hening di sebuah kedai makan

ismail : bang, kira ni bang 
tukang kira : adik punya 7 hinggit seposen.
ismail : alamak bang duit saya cukup-cukup 7 hinggit je ni. mintak halal seposen tu boleh?
tukang kira : ahh tak boleh la. nanti sok-sok kamu datang sini lagi makan kamu bayar la hutang kamu lagi seposen tu eh.




*********





hidup ni kalau terlalu berkira sangat memang payah. buat kerja lebih sikit, mula la berkira lepastu. lebih parah kalau mula ungkit-mengungkit. bukankah lebih baik kita ikhlaskan setiap perbuatan yang kita lakukan. 







indahnya persahabatan itu jika segala yang dilakukan 
atas dasar jalinan ukhwah yang kuat. 
indahnya perhubungan itu jika segala yang dilakukan 
atas dasar saling mempercayai dan tidak mengharapkan balasan. 









kalau di atas muka bumi ini kita hanya boleh hidup seorang diri, cubalah. boleh? tak mungkin boleh. pupuklah perhubungan yang baik sesama insan, sesama makhluk dan paling penting jagalah hubungan kita dengan Dia.









note: kamu.. moga dipermudahkan segala urusan. amin :)

Friday, October 12, 2012

percayalah

kebahagian mudah terpacar hanya dengan melihat matanya


perasaan yang terpendam akan diluahkan juga akhirnya


segala perbuatan baik akan dibalas dengan kebaikan di pengakhiranya



setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya




janji Allah itu pasti





insyaAllah



Allah maha adil




Alhamdulilah mungkin ini yang dinamakan kebahagian tidak diduga. siapa sangka bulan jatuh ke riba? siapa sangka yang kurik itu kundi yang merah itu saga? sebagai manusia, kita tidak boleh lari dari qada dan qadar Nya. berdoalah sentiasa. bertawakal.


apabila kita mula putus harapan, ingatlah sentiasa ada Dia untuk kita mengadu, meminta. apabila kita mula senang, jangan mudah lupa pula pada Dia.







berbahagiakan lah dirimu, kemudian kongsikan lah ia dengan orang yang kamu sayangi, semoga kelak kamu akan berbahagia bersama si dia 
dan menurunkan kebahagian kamu bersama kepada anak cucumu.












ulfa why so serius in this entry?
wow is it truly me who wrote all this?





PERCAYALAH~~







kehkehkeh
XOXO.



ps: i'm not alone anymore. alhamdulilah :)

Sunday, August 19, 2012

penantian yang berakhir


berlalu sudah ramadhan yang barakah
muncul pula syawal yang meriah
mari kita rapatkan ukhwah
agar hubungan menjadi utuh




di pagi syawal yang indah
si ibu siap sudah menyediakan segala macam jenis masakan
menantikan kepulangan anak-anak tercinta
ditemani kucing kesayangan di pangkuannya



clice cerita drama kat tv selalu macamni hakikatnya dua ke tiga hari sebelum raya semua orang dah berpusu-pusu balik kampung kalau tak mana mungkin jem sana sini, tiket bus SOLD OUT, 'ulat tiket' kekenyangan berjaya mengutip hasil yang lumayan dan makanan kat bazar ramadhan habis licin!


semua tu tak jadi masalah malah menjadi satu macam jenis kemeriahan yang hanya akan dapat dirasai semasa musim perayaan sahaja. tersengeh sendiri pabila mak-mak mula memikirkan langsir baru, sarung kusyen baru, kuih-kuih raya serba serbi persiapan raya. tetapi yang pasti semua tu tidak penting. tiada yang lebih membahagiakan apabila seluruh ahli keluarga dapat berkumpul bersama-sama duduk semeja sebangku 'macam muat pulak kerusi tu' sepinggan 'lagi mustahil' seorang berpinggan-pinggan mungkin la jugak, bersalam bermaaf sesama kita di hari raya.



maka adik-adik, abang-abang, kakak-kakak yang kecil yang besar yang tua mahupun muda marilah sama-sama kita memeriahkan sambutan aidilfitri dengan riang rianya





SALAM AIDILFITRI 
MAAF ZAHIR BATIN


Sunday, June 17, 2012

ter-sengeh-sendiri

berapa kerap dalam hidup ni apabila sesuatu yang kita lakukan, di pengakhiranya kita betul-betul fikirkan apa kesannya pada diri kita nanti? 


pernah terfikir?



tak terfikir?




tak mahu fikir?





tak tercapai dek akal pulok






kau dah tahu kau nak exam bulan depan, bulan ni kau masih bersenang-lenang pergi membeli-membeli-beli-beli belah, bersuka-suka-suka ria tak sentuh nota apetah lagi buku yang menggunung menunggu tuannya untuk dibuka?



kau beli gajet-gajet semua nak canggih. telefon canggih, laptop-laptop ni tak main dah sekarang main tab-tab sokmo. kamera ikut trend besar-besar tak kisah la besar mana janji boleh gantung kat leher orang dari 500 meter pun dh boleh nampak. tapi last-last kau sendiri tak pandai pun nak set setting apetah lagi nak baikinya kalau ade rosak dan lebih ironinya kau tak perlukan pun semua barang-barang tu tapi hanya untuk mengikut trend.




kau diarahkan untuk turun ke ceramah dan bagi menggalakkan kehadiran tetamu, pihak penganjur telah menjanjikan satu goody beg yang penuh dengan barang-barang cendermata. makanan dan minuman juga akan disediakan di akhir ceramah. maka kau dengan muka kelaparan, memang peminat makanan free, berpusu-pusu la ke majlis tersebut. tapi sampai nak habis pun, jangankan kata goody beg, sebotol air mineral pun dorg tak ada bagi untuk orang ramai. peruntukan tak cukup katanya.





kau bersusah payah nak menggembirakan hati kawan kau tak kisah kau la yang perlu bergolak gadai, menyusahkan diri, membelanjakan saki baki wang kau yang masih ada dengan harapan kawan kau tu dapat membaca maksud tersirat mengapa kau sanggup lakukan apa sahaja untuk menggembirakannya. tapi sayang.... dia tak melihatnya.






sumber gambar : google






inilah hakikatnya kehidupan. 
tak semua yang baik dibalas baik. 
tak semua yang kau mahu, kau dapat. 
tak semua boleh faham apa yang kau cuba sampaikan. 
hidup ini hanya untuk meraka yang cukup sabar... 
benar-benar sabar.