Sunday, August 21, 2011

imbas kembali

secara jujurnya aku memang tak ingat bila tarikh sebenar aku mula menulis di dalam blog ni. tapi yang masih segar dalam ingatan aku betapa berkobar-kobarnya semangat aku semasa pertama kali aku mula menulis di sini. dan ianya berlaku pada bulan ramadhan tahun lepas. so boleh la aq katakan yang usia blog aku ni dah tolak tambah setahun.


alhamdulilah dalam setahun ni bermacam-macam suka duka yang berlaku. dengan pertambahan usia aku berharap pemikiran dan perilaku aku pun bertambah matang. mungkin sudah tiba masa aku ambil peduli tentang perasaan orang disekeliling aku. sudah boleh kenal mana satu musuh mana satu sahabat. aku sedar kadang kala aku ada menyakiti dan apalah salahnya aku pun disakiti untuk merasa bagaimana perasaannya.


memang betullah perjalanan hidup di dunia ni memang macam roda. ada kalanya aku berasa gembira sangat dan ada kalanya aku merasa kesunyian yang amat sangat. ada kalanya tangisan lebih menguasai dari tawa riang. aduhai.....takde ayat yang betul-betul boleh menggambarkan apa yang telah dilalui selamani.









ya Allah tabahkan hati aku untuk menempuhi dugaan yang mendatang.
permudahkanlah segala urusanku
AMIN









PS: ini bukan entri sedih lah. aku sedang mencari kekuatan!!! haha. ULFA SEMANGATLAH!!

Sunday, May 29, 2011

sengaja

memang sengaja tak menulis lagi sebab rasa diri ni macam sibuk








memang sengaja tak menulis lagi sebab malas









memang sengaja tak menulis lagi sebab tiada kepentingan pun disini








memang sengaja tak menulis lagi sebab tiada sape pun yang paksa










YANG PENTING





































memang sengaja tak menulis sebab....aku punya suka ler~~~~






note: nak makan belimbing setiap hari bagi mata sihat kuat dan cergas!

Friday, March 18, 2011

senyumlah sayang!

tahukah anda bahawa senyuman adalah satu terapi yang terhebat sekali untuk manusia? masalah berat macam mana pun yang menimpa tapi bila kita nampak orang senyum, kita secara semulajadi pun rasa lega. bukanlah maksudnye dengan senyuman masalah boleh selesai. tidak tidak. tapi dengan senyuman boleh membuat kita kurang rasa bebanan yang ada. kenapa ye boleh jadi macam tu? 





.





indahnye sebuah senyuman apatah lagi senyuman itu datang dari orang yang kita sayang...



si ibu tersenyum melihat anaknya berjaya dalam pelajaran dan kerjaya.
si ayah tersenyum melihat anaknya berjaya dalam hidupnya.
si anak tersenyum melihat ayahnya membelikan kasut baru.
si sahabat tersenyum melihat sahabatnya berjaya mencapai cita-citanya.










indah kan?





















ps: aku masih berusaha untuk sentisa tersenyum. bukan senyum dalam gambar sahaja. berpura-pura amalan tidak mulia.


Thursday, February 24, 2011

save me

I cried a LOT


I miss my own laugh a LOT


Why I care about their’s feeling but not mine?


Why it is so hard to find someone that suit with me?


















I really need someone could save me from this tears


Yeah, I’m sick with all this


Please....someone cheer me up..


I’m almost forgot how to smile..


The truly smile.....










be happy even though you just pretend it




















ulfa : grown up please. Stop using your tears as you partner!! Don’t cries while you about to sleep and fall into sleep with your tears!!

Monday, January 24, 2011

bertapa emasnya masa itu

Agaknya lah kan, kalaulah setiap saat yang berlalu tu sama dengan emas yang berketul-ketul turun dari langit ke bumi, mesti manusia ni akan berebut-rebut kejar saat tu kan? Mesti mereka ni akan tadah tangan setiap masa tak pun siap sediakan bakul untuk tadah emas-emas tu. Kalau boleh tak nak secubit pun emas tu terlepas.Tapi kenapa manusia ni susah sangat nak menghargai masa ye?






Sejak dari kecil lagi aku pasti kita dah terbiasa dengan dialog ni.


Cikgu             : Ingat murid-murid masa itu apa?

Tanya guru kepada murid-muridnya di kelas 1 Neptune pada suatu pagi di akhir pembelajaran Bahasa Melayu bab 13

Murid-murid  : masa itu emas!

Jawab murid-murid dengan intonasi suara ala-ala upin dan ipin dengan penuh semangat sambil menunjukkan ekspresi muka yang sangat meyakinkan.




Tapi kenapa semakin dewasa kita, semakin kurang menghargai masa itu. Aku penah terbaca yang ‘’orang yang cemerlang adalah orang yang sentisa mendahului orang lain’’. Boleh tak aku mahu andaikan disini bahawa orang yang cemerlang adalah orang yang sentiasa menepati waktunya?




Contoh



Anda telah membuat temu janji dengan seorang sahabat untuk bersama-sama membeli-belah pada suatu hari. Waktu yang dijanjikan adalah pada pukul 2.30 petang. Waktu yang diambil dari tempat anda berada ke tempat yang dijanjikan adalah 20 minit. Jadi, pada pukul berapa anda perlu bertolak agar anda dapat sampai tepat pada waktunya..?



pergh boleh jadi tertidur tungu ko ni lah!!


Ok, tolonglah. Ni soalan murid di tahun 3 pun silap-silap boleh jawab.





Contoh ke-2



Kelas kamu bermula pada pukul 9 pagi. Jarak antara tempat tinggal kamu ke kelas mengambil masa 10 minit untuk sampai. Pada pukul berapakah waktu yang paling ideal untuk kamu memulakan perjalanan...?



Ok ni satu lagi soalan tahap rendah. Tapi pada pemikiran akulah, aku rasa tak sepatutnya kita tiba di kelas apabila guru dah pun sedia berada didalam kelas tu. Aku faham, sekali sekala kita mungkin terlewat kerana sebab-sebab tertentu tapi apa masalahnya apabila perbuatan itu dah jadi tabiat yang sukar dibuang...?





Lagi satu masalah yang dah lama tersemai dalam kebanyakan kita pada masa sekarang tidak terkeculi aku sendiri.





Menanguh-nanguhkan kerja





Kerja rumah yang boleh dibuat harini,dibuat esok
Basuh baju yang boleh dibuat pagi ni,dibuat petang
Basuh pinggan yang boleh dibuat sambil memasak, dibuat lepas siap makan
Siram pokok bunga pada setiap petang, dibuat selang dua ke tiga hari seminggu
Solat yang boleh dibuat pada awal waktu, dibuat pada akhir waktu

Dan sebagainya.




Cuba kalau......




Makan yang boleh dibuat tengahari ditangguh pada waktu malam?
Minum air dikala dahaga ditangguh sehingga betul-betul badan dah terhaidrasi
Tidur selama 6 jam sehari ditangguh hanya selama 2 jam sehari?
Waktu menonton televisyen pada setiap malam ditangguh pada hujung minggu saja?
Menonton wayang pada cerita yang ditunggu-tunggu ditangguh tak payah tengok langsung?

Dan sebagainya.






Baiklah peringatan untuk diri aku sendiri.. hargailah masa, sayangilah setiap minit yang berlalu, laluilah setiap saat yang dilalui dengan penuh kegembiraan dan rasa kesyukuran.









Ps: aku tak suka orang menunggu aku, jadi aku tak suka menunggu orang.