Sunday, July 7, 2013

my 1st travelog ever (episod 5)

it's been a while, but it doesn't matter I still keep it lock in my memories...




Bismillah








Setelah menghabiskan masa di London selama 3 hari 2 malam, maka pada hari ketiga berangkat lah kami ke Coventry dimana Faiza dan rakan-rakan tinggal. Perjalanan dari London menuju ke Coventry mengambil masa kira-kira 2 jam dengan menaiki kereta api. 




Memandangkan kami perlu check out jam 11 pagi dan tiket kami pula pukul 5 petang maka kami singgah dulu Malaysia Hall untuk tapau makanan tengah hari dan bergerak ke Hyde Park untuk lepak-lepak, tidur, hirup udara dingin, usha mat-mat salleh. Hari ini kami beli makanan di Malaysian Hall lagi.






Tak kira gigih tu bawak beg besar semua. merata-rata pulak tu letak.





Mana makanannya Faiza?





Suasana sekitar Hyde Park.






Lucunya orang sini berebut-rebut cari tempat terbuka untuk bersidai hadap matahari tapi kami pula berlari-lari cari tempat redup elak kena matahari. Cuaca di sini nampak tenang tapi hakikatnya cahaya matahari amat terik tapi anginnya sangat dingin. boleh bayangkan tak kawan-kawan?


Setelah beberapa jam melepak di Hyde Park, timbul rasa bosan pula sebab tak ada buat apa-apa. Jadi kami bergerak ke station kereta api. Semasa dalam perjalanan kami telah singgah ke "The Famous Train Station Ever" KING'S CROSS STATION! yeayyy!!!



Bagi yang mengikuti novel dan movie Harry Potter, tak perlu la diperkenalkan lagi dengan tempat ini. King Cross Station merupakan stesen kereta api yang digunakan oleh watak utama dan kawan-kawannya untuk ke sekolah Hogworts!






Kesian cik kak kita dia tak tahu apa-apa pasal Harry Potter 
jadi boleh nampak sangat tak terujanya dia kan?







Lain lah cik kak seorang ni memang teruja sangat nampkanya dia dapat sampai sini. heeee









Setelah dapat bergambar di tempat yang di idam-idamkan, maka bermula la perjalanan kami ke Coventry dengan menaiki kereta api. Say bye-bye to London~~









Itulah kereta api kami. pon pon!!




Dalam train pun buley~
Faiza gigih study sebab esok dia nak periksa. Sorry again Faiza!









SEPANJANG DI COVENTRY, BIRMINGHAM

Kami telah menginap di rumah sewa Faiza dan rakan-rakan sepanjang berada di sini. Alhamdulilah memang dapat jimat kos sebab tak perlu menyewa hotel dan boleh masak sendiri di rumah. Housemate Faiza iaitu kak Qis, kak Ami, dan Min sangat baik. Terima kasih semua!






Terima kasih banyak-banyak Kak Qis sebab 
bawak kami jenjalan walaupun hari hujan.






Jadi ya apa tunggu lagi? Mari mulakan shopping sebenar kita!!! Disini la kak Ani mula hilang kawalan. Semua barang yang di idam-idamkan dah nampak depan mata.









pergi tangan kosong



balik?

























TAK CUKUP TANGAN OI!









Dan aktiviti ini berlanjutan sehingga beberapa hari, ops silap! setiap hari sepanjang kami berada di Birmingham ini.







Lagi borong kasut



Lagi borong zara 




Lagi borong barang pasar pulak





Tapi jangan la macam tu. Kami ni under budget travel tau. Boleh jatuh miskin kalau hari-hari shopping macam ni. (jangan tiru aksi merbahaya ni ye adik-adik)





Pada hari Khamis, Faiza telah membawa kami ke Cadbury World. Walaupun saya bukan peminat coklat, tapi tetap teruja untuk pergi. Lagipun dapat la kami alihkan sikit aktiviti kami sepanjang di Birmingham selain shopping semata.




Kemain excitet acik ni konon-konon nak pergi kilang coklat tak tahu lagi 
apa akan berlaku kat dalam nanti




Pintu utama 




Ok fine tau dah kulit sape paling gelap. grrrrr




Suasana dalam Cadbury World




Demostrasi pembuatan coklat









Malangya kita yang amat tidak menyukai coklat mula dah rasa pening dan loya bila dah lama-lama berada dalam Cadbury World ni. Terpaksa telan panadol pun tak lega-lega lagi. Mana taknya setiap sudut ada coklat, bagi lagi coklat percuma, kat laluan bagi pulak coklat cair. Coklat Coklat Coklat. ARGHHHH STRESS!







Mereka peminat coklat. Jadi mereka happy dapt coklat free




Dan memang terserlah kegembiraan mereka. 
(kasut tu diperbuat daripada coklat yaww!)




Take me out from here pleaseeeee..........

























Eyh kat mana pulak kita ni? Macam kenal je bangunan belakang tu?




















to be continue........