Thursday, February 24, 2011

save me

I cried a LOT


I miss my own laugh a LOT


Why I care about their’s feeling but not mine?


Why it is so hard to find someone that suit with me?


















I really need someone could save me from this tears


Yeah, I’m sick with all this


Please....someone cheer me up..


I’m almost forgot how to smile..


The truly smile.....










be happy even though you just pretend it




















ulfa : grown up please. Stop using your tears as you partner!! Don’t cries while you about to sleep and fall into sleep with your tears!!

Monday, January 24, 2011

bertapa emasnya masa itu

Agaknya lah kan, kalaulah setiap saat yang berlalu tu sama dengan emas yang berketul-ketul turun dari langit ke bumi, mesti manusia ni akan berebut-rebut kejar saat tu kan? Mesti mereka ni akan tadah tangan setiap masa tak pun siap sediakan bakul untuk tadah emas-emas tu. Kalau boleh tak nak secubit pun emas tu terlepas.Tapi kenapa manusia ni susah sangat nak menghargai masa ye?






Sejak dari kecil lagi aku pasti kita dah terbiasa dengan dialog ni.


Cikgu             : Ingat murid-murid masa itu apa?

Tanya guru kepada murid-muridnya di kelas 1 Neptune pada suatu pagi di akhir pembelajaran Bahasa Melayu bab 13

Murid-murid  : masa itu emas!

Jawab murid-murid dengan intonasi suara ala-ala upin dan ipin dengan penuh semangat sambil menunjukkan ekspresi muka yang sangat meyakinkan.




Tapi kenapa semakin dewasa kita, semakin kurang menghargai masa itu. Aku penah terbaca yang ‘’orang yang cemerlang adalah orang yang sentisa mendahului orang lain’’. Boleh tak aku mahu andaikan disini bahawa orang yang cemerlang adalah orang yang sentiasa menepati waktunya?




Contoh



Anda telah membuat temu janji dengan seorang sahabat untuk bersama-sama membeli-belah pada suatu hari. Waktu yang dijanjikan adalah pada pukul 2.30 petang. Waktu yang diambil dari tempat anda berada ke tempat yang dijanjikan adalah 20 minit. Jadi, pada pukul berapa anda perlu bertolak agar anda dapat sampai tepat pada waktunya..?



pergh boleh jadi tertidur tungu ko ni lah!!


Ok, tolonglah. Ni soalan murid di tahun 3 pun silap-silap boleh jawab.





Contoh ke-2



Kelas kamu bermula pada pukul 9 pagi. Jarak antara tempat tinggal kamu ke kelas mengambil masa 10 minit untuk sampai. Pada pukul berapakah waktu yang paling ideal untuk kamu memulakan perjalanan...?



Ok ni satu lagi soalan tahap rendah. Tapi pada pemikiran akulah, aku rasa tak sepatutnya kita tiba di kelas apabila guru dah pun sedia berada didalam kelas tu. Aku faham, sekali sekala kita mungkin terlewat kerana sebab-sebab tertentu tapi apa masalahnya apabila perbuatan itu dah jadi tabiat yang sukar dibuang...?





Lagi satu masalah yang dah lama tersemai dalam kebanyakan kita pada masa sekarang tidak terkeculi aku sendiri.





Menanguh-nanguhkan kerja





Kerja rumah yang boleh dibuat harini,dibuat esok
Basuh baju yang boleh dibuat pagi ni,dibuat petang
Basuh pinggan yang boleh dibuat sambil memasak, dibuat lepas siap makan
Siram pokok bunga pada setiap petang, dibuat selang dua ke tiga hari seminggu
Solat yang boleh dibuat pada awal waktu, dibuat pada akhir waktu

Dan sebagainya.




Cuba kalau......




Makan yang boleh dibuat tengahari ditangguh pada waktu malam?
Minum air dikala dahaga ditangguh sehingga betul-betul badan dah terhaidrasi
Tidur selama 6 jam sehari ditangguh hanya selama 2 jam sehari?
Waktu menonton televisyen pada setiap malam ditangguh pada hujung minggu saja?
Menonton wayang pada cerita yang ditunggu-tunggu ditangguh tak payah tengok langsung?

Dan sebagainya.






Baiklah peringatan untuk diri aku sendiri.. hargailah masa, sayangilah setiap minit yang berlalu, laluilah setiap saat yang dilalui dengan penuh kegembiraan dan rasa kesyukuran.









Ps: aku tak suka orang menunggu aku, jadi aku tak suka menunggu orang.

Thursday, December 30, 2010

terakhir

nampaknya 

ini kali terakhir

terakhir untuk

bersenang-lenang

tidur lepas pukul 12 malam

bangun tidur tak perlu fikir mana nak cari makanan

tak bangun tidur jam 5.30 pagi setiap hari

air di tandas sentiasa ada

sabun, syampu, berus dan ubat gigi sedia ada dalam tandas

tengok tv di chanel kegemaran

tak tengok tv di skrin sebesar tapak tangan

start je enjin kereta atau motor (biasanya motor lah...) terus ke tempat dituju

pakai helmet yang sangat kacak bagi aku

basuh baju guna mesin basuh

tak cuci baju guna dynamo

tak perlu kuarkan bb keluar tingkap

keluar berjalan-jalan pakai jeans

tengok wayang tak pakai baju kurung

pakai selendang (telah dan masih menambah skill)

bancuh teh tarik dan minum kat luar rumah sambil tengok pemandangan

siram pokok bunga

masak megi campur telur

minum nes O

makan atas meja yg dipenuhi dengan lauk-pauk

hari ahad baca surat khabar sebanyak 3 jenis (mingguan,berita harian,metro)

pakai cermin mata hitam bila bawak kete










untuk tahun 2010



ahhh...terlalu banyak untuk disenaraikan. tapi buat masa ni tu je yang aku terfikir







SELAMAT TINGGAL
 2010




SELAMAT DATANG 
2011








ps: ape azam tahun baru anda? aku tak ada azam apa-apa pun sebab aku tahu aku memamg tak kan penuhi azam tu dan silap hari bulan tak ingat pun aku ada azam! ok tak nak encik azam nak pi cari encik amin..ehe!






Friday, December 10, 2010

ini kekasih aku!

ok aku bukanlah jenis yang mudah jatuh cinta. tapi entahlah dengan satu makhluk ni aku memang mudah jatuh cinta. baru tengok je muka dia...haaa aku terus je rasa ringan tangan ni nak angkat lepas tu nak cium-cium mukanya. dan lagi satu aku suka picit-picit hidungnya sebenarnya. nasib baiklah hidung dia tak ade tulang ( yeke takde tulang? ) kalau tak memang dah patah riuk dah aku kerjakan.


baiklah tanpa membuang masa mari berjumpa dengan kekasih aku. ohh sebagai tambahan ini saja gambar yang aku ada. biasalah kekasih aku ni pemalu.....





memperkenalkan kekasih terbaru aku..dikdik..err..boleh tak sebutnya? sebenarnya asal dari perkataan adik. tapi tinggal suku kata yang terakhir iaitu dik lepastu disebut berganda. jadilah dikdik. mudah kan? dan lagi satu, kekasih aku ni popular. haha. ada satu video ni yang kucing tu sebijik dengan kekasih aku. tengok sini. aku dah tengok berjuta-juta kali pun masih tak bosan-bosan. ini salah satu terapi aku bila angin aku tak berapa nak baik ye kawan-kawan :)



ohh ye, yang sebenarnya aku berkongsi kekasih dengan mak, kakak dan abang. tapi maklah paling penyanyang. banyak kisah yang membuktikan mak memang macam ada satu hubungan yang sangat istimewa bila dengan kekasih dia ni. tak percaya kami satu keluarga berkongsi kekasih?





ok ini bukti pertama. abangku dengan khusyuknya sampai terpejam-pejam mata dia bila peluk kucing.







bukti kedua. yang ni ketua kucing. bukan kucing tu yang ketua kucing tapi puan yang bertudung hijau tu. haa sampai terjelir lidah kucing tu sebab mak peluk erat sangat kot..? 

















dalam kenangan.....









JONNY...SENTISA DI DALAM HATI..MANJAMU, MENGADA-NGADAMU, KEMALASANMU..KEKAL DALAM MEMORIKU..





ps: masih tertanya-tanya boleh tak kekasih aku ni menjadi sahabat baik kepada encik hamster? kena buat eksperiment ni nanti.

Thursday, November 11, 2010

kehilangan dalam kegembiraan

Hmmmmm...mengeluh panjang nampknya. Letih dgn tugasan-tugasan duniawi yg tak sudah2. Tapi xpe. Semua tu dah mmg tugas jd buatlah sebaik mungkin dan insyallah segalanya akan dipermudahkan. Amin


Ok,kalini aq teringin nak tahu setakat kamu hidup hingga saat kamu baca entry ini, apakah harta kat dunia ini yang paling kamu sayangi telah hilang? Kalau rasa susah sgt soalan ni,aq permudahkan soalan aq ye. Apekah barang yg paling disayangi oleh kamu yg telah hilang? Ok,masih susah lagi nak jwb soalan ni? Xpe,aq permudahkan lagi. Siapakah org yg paling kamu sayangi telah dikebas org? Alamak..terkeluar tajuk sudah..



Dah dah, bagi yg dah cukup umur mesti boleh faham soalan aq tu. Xpyh nak terangkan lebih aq letih nak menerangkan. Cukup2 la aq dok terang-menerangkan time jwb exam kat sini pun kene jgk? Kalau boleh mkn pun tiap hari aq nak org suapkan taw. Sekian terima kasih.



Disini aq sediakan pilihan jawapan yg boleh kamu pilih untuk menjwb soalan aq diatas tadi:


a)      Coklat dalam peti ais yg disejukkan utk dinikmati mse tgk tv telah dimkn oleh abg
b)      Kasut berjenama yg baru 2 kali dipakai belum tanggalkan pun tag harga telah dicuri junior kat hostel
c)       Jam tangan original punye jenama yg kamu dpt sebagai hadiah selepas berhempas pulas utk dptkan result 3.5 telah dicuri roomate
d)      Patung beruang pemberian insan tersyg yg setia menemai tidur setiap malam telah melarikan diri mengikut tuan yg baru kerana tak tahan kamu berdengkur tiap mlm.
e)      Baju sutera berharga beratus-ratus yg sedang dijemur diampaian telah hilang tanpa dpt dijejak walaupun seurat benang
f)       Gelang pusaka yg dah tujuh turun temurun bila sampai pada kamu, tetiba mse msuk tandas terjatuh lak dlm mangkuk tandas dah lebih syahdu lagi kamu secara tak sengaja telah ter “flush”.


Ok cukup


Be serius please....


Itu semua barang.. boleh dicari ganti..tak mati tak kalau hilang semua tu. Melainkan kamu sendiri yg amik keputusan utk bunuh diri sebab terlalu amat sgt kecewa..


Maksud aq kehilangan yg paling besar bila kita kehilangan org yg paling kita syg. Teringat pada satu ayat ni, biar berpisah hidup, masih boleh jumpa tapi berpisah mati..buat selamanya. Tak pasti pula betul ke tak ayat ni tapi lebih kurg mcmni la ayatnye.


Tapi kehilangan aq ni lain sikit. Lepas hilang dpt kegembiraan pulak! Haa mcm mne tu?


Well...bila salah seorang ahli keluarga kita mendirikan rumah tangga,tak ke nmenye kita dh kehilangan dy? Yela,dlu dy tak berpunya kita nk bermesra-mesra, bermanja-manja, mengada-ngada xde spe nk cemburukan? Bila dah berumah tangga? Faham-faham sendiri jelah.


Tapi xpe! Dalam kehilangan tu, dapat pula kegembiraan bila kita menerima org baru dalam keluarga kita. Bagus la tu mengeratkan lagi ukhwah kan?




kegembiraan yg aq peroleh selepas kehilangan yg terdahulu..(=



Baiklah jangan ditangisi kehilangan ini kerana setiap kehilangan akan ada kegembiraan disebaliknya. Kamu kamu semua...SENYUM~~