Monday, June 17, 2013

my 1st travelog ever! (episod 2)

Bismillah





Pada tarikh 24 Mei 2013 setelah berhempas-pulas menghabiskan exam semester 7 dan dalam sambil-menyambil membuat persediaan untuk travel (2-2 pun kne balance study ok?) maka terpacaklah kami berdua di KLIA. baiklah, malu nak begitau ini 1st time kita naik flight lalu KLIA, maka nak cari kaunter check in pun terpinga-pinga. setelah selesai semua urusan maka kami pun segera la berlari-lari masuk duduk dalam kapal terbang duduk sengeh-sengeh lega 1st step is done! hooreeey!







bye-bye malaysia. kita nak pi holiday ni! 





Bermulalah perjalanan kami selama 12 jam 55 minit menaiki air france dari KLIA menuju ke Paris Charles De Gaulle (CDG) France. segala movie dalam flight dah habis ditonton, klip video jangan kata berulang-ulang kali main. tak tidur ke? my answer will be nop!! langsung tak dapat tidur sepanjang perjalanan. mungkin terlalu risau akan cabaran seterusnya nanti. tapi nasib baik air france baik bagi makanan sedap saje nak tenangkan hati ea?



menu pertama : ikan bersama kentang lenyek dan sayur, salad, roti DLL


tak rela nak makan tengah-tengah malam pukul 1 pagi hidang. 
tanjat perut gugurl nak makan tapi licin gak. hikhikhik 


menu 2 : sarapan. ayam tu tak makan sebab was-was kehalalannya





Di pertengahan makanan ada disediakan ais cream conetto. pun tengah-tengah malam dorg bagi. selepas berhempas pulas hampir 13 jam dalam kapal terbang maka tibalah di paris. eyh? macam tak excitet je


hoi orang-orang paris, kami nak tumpang singgah jap!!


Maka bermulalah drama yang paling ditunggu-tunggu. kami dengan segera cepat-cepat bangun dari kerusi flight, cepat-cepat keluar flight, cepat-cepat berlari ke kaunter imigresen, cepat-cepat beratur.....tapi apa kan daya, Allah nak duga kami


cabaran #2

Setibanya kami di kaunter imegresen, kami telah ditahan tidak boleh keluar dari lapangan terbang tersebut. adakah aku yang salah cakap atau pak cik imigresen tu yang tak faham apa aku cakap? yang aku bi+jawa berusaha menerangkan pada pakcik tu, dia bi+perancis seboleh-boleh tak bagi kami lepas. di suruh pula kami patah balik. oit!! kami ni nak cepat la. selepas mundar-mandir beberapa ketika, aku segera bertanya kepada seorang pramugari air france untuk mengadu masalah yang dihadapi. acik pramugari tu baik, tolong tuliskan dalam bahasa perancis di boarding card kami dan suruh kami lalu semula di kaunter imigresen. selepas terpaksa beratur semula dengan panjang, kami berjaya keluar dari lapangan terbang tersebut. high five sikit kak ani! yeay!


cabaran #3

Dah gembira dapat lepas imigresen, bermula la cabaran yang paling diakuti sejak di Malaysia lagi. macam mana nak ke Paris Orly pula?? ok, kat sini la tekanan mula dirasai bila hampir semua orang yang ditanya tak boleh berbahasa inggeris dan akan jawab pertanyaan dalam bahasa perancis. tak seronok ok lebih-lebih lagi dah buang masa dekat 1 jam. (transit 3 jam). selepas hampir 5-10 orang yang ditanya, aku dah nampak dah! nampak dah tempat tunggu bas untuk ke Paris Orly yang digembar-gemburkan dalam google group discuss! alhamdulilah!


keluar je airport keluar asap tu cakap. jakun sangat! haha


itu lah tempat kami tunggu bas untuk ke Paris Orly


ayuh pak cik bas! laju lagi laju lagi!



ada orang pesan update dah kat mana, 
takut kita tersesat ke antartika agaknya





Perjalanan dari Paris Charles De Gaulle (CDG) ke Paris Orly (ORY) mengambil masa dalam 60 minit. alhamdulilah jalan tak sesak mungkin kerana baru pukul 6 pagi waktu Perancis (Malaysia 12 tengah hari). setibanya di Paris Orly, cepat-cepat turun bas, cepat-cepat ambil beg, dan cepat-cepat cari kaunter nak check in. cabaran di airport sini sama, tak dapat cari orang yang boleh berbahasa Inggeris untuk ditanya. maka kami pandai-pandai la hidup cari mana nak pergi. dan alhamdulilah sempat naik flight seterusnya.




PARIS ORLY (ORY) FRANCE - LONDON CITY AIRPORT (LCY) UNITED KINGDOM








kami diangkut menaiki bas untuk ke kapal terbang. 
kat belakang tu la rupa kapal terbang kami. kecik je 


pak cik bas menunggu penumpang untuk di bawa ke kapal terbang
 tapi tak syok la pak cik tak boleh cakap inggeris. haih!






Maka bersambung la perjalanan kami ke London dengan menaiki City Jet AF 5020 selama 2 jam. bye-bye Paris! nanti kami datang lagi ok?




makanan yang disediakan






Best la air france ni perjalanan cuma 2 jam je lagi tapi ada disediakan makanan. padahal naik foker je pun. kita yang kelaparan, tak malu-malu mintak air sampai 3 cawan siap mintak tambah lagi lepastu. terima kasih air france! ps: pramugari dan pramugara air france boleh berbahasa Inggeris+Perancis. layan~





muka tak mandi+dapat gak tidur dalam flight sebelumnya


muka tak mandi+tak tidur sejak dari Malaysia




Selepas meredah 12 jam 55 minit menaiki kapal terbang KLIA ke Paris CDG, 3 jam transit di Paris, menaiki bas 1 jam ke Paris Orly dan 2 jam menaiki kapal terbang Paris ORLY ke London City akhirnya alhamdulilah kami telah selamat tiba di London.


maria ulfa : kak ani, kita dah kat London ke?
hasniza : iye lah kita dah kat London dah.
maria ulfa : pa rasa kita macam kat Malaysia lagi lah. Tak PERCAYA!


kapal terbang ni rendah je terbang mungkin sebab dia kecik je kot?





Setibanya di London City Airport punyalah mengeletar satu badan, sejuknya lahai. FAIZA KATA SEJUK MACAM KAT CAMERON HINGLAND JE? mulut mengeletar terpaksa cepat-cepat keluarkan selendang sebab takut nak jawab soalan pak cik imengresen tak boleh lak. alhamdulilah pak cik tu tak banyak tanya dan kami secara rasminya telah berada di London!!





juk nyer juk nyer London. 
masih tak boleh terima ingatkan spring macam kat cameroon hingland je





Ingatkan adalah sepanduk ke, banting ke kat arrival, sekali orang yang ditunggu-tunggu belum tiba. terpinga-pinga la lagi kami. tapi tak pa. kami tak marah kamu Faiza. boleh kami sesuaikan diri dulu dengan cuaca. (ayat ikhlas dari hati). 


Faiza telah tiba kira-kira setengah jam selepas kami tiba dan tanpa berlengah membawa kami ke hotel tanpa mempedulikan kami yang belum mandi, tak rehat dan terkejut sejuk. tapi kami tak merungut sebab kami TAK SABAR NAK JALAN-JALAN LONDON. camon faiza joommm!!!







inilah Faiza. terima kasih banyak-banyak faiza!


nenek tu tak suka gambar dia kena amik. eiii kita nak amik gambar kakak kita la.





ok, kemana kita seterusnya? sampai dah London ni.








to be continue.....



2 comments:

MuSiF said...

cepat ckit update, aq nk bc.. bubuh gmbr bnyk2

Unknown said...

akan diusahakan. sibuk dah mula kelas. sabar.... huhu