Monday, June 24, 2013

my 1st travelog ever! (episod 4)

Bismillah











Waktu subuh di sini adalah pada jam 4 pagi dan magrib akan masuk kira-kira jam 9 malam. Jadi waktu siang di sini adalah lebih panjang berbanding di Malaysia. 


Hari ke-2 di London



Selepas mendapat tidur yang cukup di atas tilam yang empuk tak sedar la heater bilik hotel ni on ke tidak, terpandang Faiza yang sedang membaca buku. Maaf Faiza terpaksa ganggu kamu yang sedang exam. Kami bergegas menyiapkan diri untuk bersarapan.






menu sarapan yang disediakan : mana nasi lemak ni???





Faiza pesan sarapan kenyang-kenyang bio sampai petang tak lapo. BAIK!





Selepas perut pun dah di isi, kami segera meninggalkan hotel dan menuju ke destinasi seterusnya. Hari ini kami bercadang ke Big Bang London dan Eye On London. Seperti biasa sepanjang perjalanan menuju ke sana, ada banyak tempat menarik yang boleh kita lihat. Walah beratus lagi gambar di ambil!!




dekat sini merata tugu. kami pun merata ambil gambar kat tugu-tugu ni :D





dekat padang pun boleh





rasanya tugu kat belakang tu tulis nama-nama perajurit diaorang yang terkorban



Memandangkan semalam kami tak puas ke Hard Rock London, kami bercadang untuk ke situ balik. Aku sendiri pun belum mula beli apa-apa sepanjang tiba di London maka mari kita cari sesuatu di Hard Rock! 




Lapang sikit depat Hard Rock ni sebab kami pegi pagi-pagi





Masa nak masuk tetiba ada sekumpulan lagi pelancong dari Malaysia. 
Baik makcik-makcik nih :) 





si adik : kak ani uppa nak yang ni boleh?
si kakak: ini soalan atau permintaan mintak belanja?


eyh kita beli guna duit sendiri tau! *sambil buat aksi sapu habuk atas bahu. huh!






Suasana dalam Hard Rock London. 
Acik tu tengah ralit memilih untuk orang-orang tersayang di Malaysia
 khususnya di Tampin katanya.








Semasa hati tengah berbelah bagi nak pilih mana satu baju nak beli, ade seorang pak cik dari Malaysia tegur kami. Baiknye pak cik ni tak sombong siap sempat bergurau senda dengan kami. Pakcik tu terus je tolong pilihkan satu untuk aku. Yelah kita nak beli selai je lah mana mampu nak berlai-lai =.=. Kos untuk sehelai baju Hard Rock London dalam 23 pound ke atas. Kita ni saje-saje la jeling masa pak cik tu tengah bayar. Total dia belanja kat situ je dah 700 pound? Ok telan air liur banyak-banyak.







yeay! kami dah berjaya membuat tangkapan!




Setelah berjaya membeli di Hard Rock, kami bercadang untuk melihat acara "Change Of Guard" di Buckingham Palace. Tapi nasib tak berapa nak baik, acara tu tak ada pulak masa hari ahad. Maka berlalu la kami ke tempat lain. sobsobsob




Faiza : Cepat-cepat kang terlepas nak tengok abang-abang guard



disebabkan tak ada acara tersebut, maka kami bergambar kenang-kenangan jela di sekitar Buckingham Palace tu























patutnya guard lebih kurang macam ni lah yang kami nak tengok
tapi ni guard yang kat pondok kecik je





kak ani : kecik pun kecik la aku nak gak gambar sini =.=''



Ok buang jauh-jauh perasaan kecewa tu mari kita teruskan lagi perjalanan!






huh! majuk lah camni









jom la geng kita pi tempat lain



Kami pun berlalu la pergi ke tujuan utama kami pada hari ini







BIG BANG LONDON!



wooo wooo bas double decker original London!!! mau tak teruja? haha


















Big Bang London








Lepas dah puas bergambar di Big Bang, kami menuju ke Eye On London pula












Eye On London 






Kami tak naik pun Eye On London tu. Cukup sekadar ambil gambar. Ingat lagi motto kami? "jalan amik gambar je tak payah masuk!"


Sebenarnya sampai je sini kami dah tak ada idea nak ke mana. Faiza kata dia dah bawak ke semua tempat free yang ada kat London ni. Nak balik masih awal lagi.




Fikir


fikir


fikir...




PERGI ARSENAL JOM?



Mulanya Faiza tak pasti betul ke train yang kami ambil ni menuju ke Emirates Stadium, tapi fikir balik dah nama stop tu arsenal, ade la kot stadiumnya kat situ? Ok, jom pergi!







Nampak dah papan tanda dia! high five sikit Faiza!





Suasana dalam kedai cerdermata




Al kisahnya kami sebenarnya tak tahu pun mana-mana pemain kat Arsenal ni. Pergi sebab dah takde tempat nak tuju. Boleh? Konon-konon nak tengok jersey pun errr blur nak amik nama sape nih? Jadi kami buat kesimpulan jersey yang nama paling mahal tu la kot pemain dia paling popular? Duhh!!















 Emirates Stadium





Puas dah kat sini, perut pun dah berbunyi. Tenaga yang diperoleh masa makan sarapan kat hotel dah sampai tahap paling rendah. Jadi marilah kita cari tempat untuk makan. Dari awal lagi nak sangat ke Malaysian Hall. Jadi kami pun ambil keputusan untuk makan di sana.



Suasana di dalam Malaysian Hall




Menikmati nasi lemak ayam dan teh tarik di London




Di Malaysian Hall ni semua makanan yang disediakan adalah makanan Malaysia. Untuk yang bermastautin atau tinggal kat sini boleh la melepaskan rindu makanan Malaysia dengan makan di sini. Harga? kalau convert Malaysia memang boleh menangis. Datang sini jangan fikir asik nak convert Malaysia je untuk makan. Mau kelaparan nanti. Untuk nasi lemak ayam dan teh tarik harganya dalam 7 pound. Gulp giteww~~


Perut dah kenyang, kami solat dan bersihkan diri di sini dan sambung kembali perjalanan kami untuk membeli cendermata. Kalau ikutkan banyak je jual cendermata kat tepi-tepi jalan. Tapi ada 1 tempat ni memang khas jual cendermata London dengan harga yang murah (murah takde la murah kalau dah convert tapi not bad!). 











Acik ni sporting habis! Semua barang dia bagi diskaun. Siap-siap tampal depan kedai dia 



Harga murah untuk rakyat Malaysia



cayalah!!!





Dekat sini korang boleh la beli segala jenis cendermata yang korang nak kat London ni. Magnet freezer, key chain, baju dan macam-macam lagi. Harga? Boleh tawar-menawar. Orang yang jual kat sini kebanyakkannya warga India dan Pakistan. Rambang mata dibuatnya. Hai la pound kenapa kau besar sangat nilainya haaa??



Sehari suntuk dah kami berjalan harini, jadi kami pun pulang la ke hotel dengan perasaan yang gembira.




Done shoping ole-ole London!



Tiba di hotel, kena mula kemas-kemas barang sebab esok kami akan meninggalkan London dan menuju ke Birmingham pula. Kat birm ni la nanti kami akan habiskan baki percutian kami di rumah Faiza dan rakan-rakannya. Ok ni tak sabar sebenarnya. Shoping sebenar akan berlaku di BIRMINGHAM!! letak tanda seru lebih-lebih!!!







CLARK

ZARA

TIMBERLAND

PERFUME

SPORT DIRECT

POUNDLAND

PRIMARK







TUNGGU KAMI!!!









Apa yang berlaku di birmingham? 




to be continue.......



















Tuesday, June 18, 2013

How To Get From Paris Charles De Gaulle to Paris Orly Airport

baiklah seperti yang sedia maklum melalui post-post sebelum ini, ada dinyatakan bahawa kami perlu bergegas dari satu airpot ke airpot yang lain semasa transit di Paris apabila menaiki penerbangan Air France. jangan risau, tak susah dan sesukar mana pun. walaupun anda baru pertama kali mengalami masalah seperti ini (begitu juga kami). 


Semasa check in barang di KLIA, dapatkan dulu maklumat daripada petugas kaunter sama ada barang anda perlu di ambil di airport Paris CDG atau terus dihantar ke airport yang terakhir. maklumat boleh di dapati melalui label yang dilekatkan di beg anda.


Setibanya anda di Paris CDG, anda perlu mengambil laluan "exit" atau "claim baggage" ataupun dalam bahasa Perancis SORTIE. Jangan ambil laluan "connecting" kerana laluan tersebut untuk mereka yang akan menaiki kapal terbang seterusnya melalui Paris CDG juga. 


Laluan tersebut akan terus membawa anda ke kaunter imigresen. disini anda perlu menyediakan pasport dan jika ada, sertakan sekali boarding pass anda.


tips #1
Jangan membebel banyak. diam, senyum, dan tunjukkan je pasport dan boarding pass anda. jika ditanya baru jawab dengan menggunaan bahasa Inggeris semudah yang boleh (jika anda boleh berbahasa Perancis lebih bagus!). kerana melalui pengalaman, kami telah tersalah cakap sehingga menyebabkan petugas imigresen salah faham dan meminta kami untuk berpatah balik. 




boarding pass KLIA-PARIS CDG-PARIS ORLY-LONDON CITY



Masalah paling sukar kerana orang Perancis tidak boleh berbahasa Inggeris dan mereka memang tak nak layan kita lebih-lebih lagi yang bertudung. puas ditanya pada petugas yang menjaga ala-ala pengawal la tapi dorg buat tak layan sangat. hampa disitu. sobsobsob


Baiklah, selepas anda berjaya melepasi kaunter imigresen, lihat paparan skrin di luar untuk melihat di mana anda perlu mengambil barang anda (sekiranya beg anda perlu diambil di Paris CDG). anda perlu turun dari tingkat tersebut ke tingkat bawah untuk mengambil beg.


Ok, beg dah setel, sekarang anda perlu mencari pintu keluar untuk menaiki bas ke Paris Orly Airport. cari papan tanda, "bus" dan ikut sahaja laluan yang ada menunjukkan papan tanda bas. kemudian, anda akan jumpa kawasan menunggu bas yang memerlukan anda keluar dari pintu airport. mengikut penglaman, jarak antara tempat mengambil beg dengan tempat menunggu bas dekat je dalam 100 ke 150 meter. 


penting #1

Tunggu bas di pondok NOMBOR 3. bas dari pondok nombor 3 akan membawa anda terus dari Paris CDG ke Paris Orly Airport. jika anda ada lebih masa dan mahu meninjau-ninjau bandar Paris, anda boleh mengambil bas di pondok nombor 2. bas ini akan membawa anda sekitar bandar Paris terlebih dahulu dan destinasi terakhir adalah di Paris Orly.



peta laluan bas dari Paris CDG






tips #2

Jika ingin segera sampai ke Paris Orly dari Paris CDG, ambil bas di pondok nombor 3. bayaran semasa kami ketika itu 25hb Mei 2013 adalah sebanyak 20 euro. masa yang diambil untuk sampai adalah 40-50 minit jika tidak sesak dan 1 jam ke 1 jam lebih ketika waktu sesak.




tempat menunggu bas di Paris CDG



Tiket boleh dibeli semasa anda menaiki bas tersebut dengan pemandu bas. sediakan duit tunai secukupnya dan kalau boleh elakkan menggunakan wang yang besar, (duit dalam euro ye bukan RM)

Semasa di dalam bas anda boleh duduk di mana-mana tempat yang kosong dan jika tak bernasib baik anda perlu berdiri.




bas yang akan membawa anda dari Paris CDG ke Paris Orly




Setibanya di Paris Orly, pemandu akan membuat pengumuman dan pemandu akan menbantu mengeluarkan beg anda dari bas tersebut. melalui pemerhatian, Paris Orly Airport saling tidak tumpah seperti LCCT je. disini anda akan lebih sukar untuk bertanya kerana rata-rata petugas yang dijumpai langsung tidak menjawab dalam bahasa Inggeris. kami sendiri mengalami masalah tersebut apabila kami bertanyakan arah, dan mereka akan menjawab dalam bahasa Perancis. kami dengan senyum kambing berlalu pergi dengan hati yang hampa. sobsob lagi


Jangan risau, anda boleh berpandukan paparan skrin yang terdapat di sekitar airport tersebut untuk mengetahui kaunter mana yang perlu anda check in barang. di sebabkan airport ini kecil je maka lebih mudah untuk anda mencari kaunter check in. selepas selamat check in anda perlu melalui imigresen untuk ke "gate" flight anda seterusnya.


penting #2

Imgresen di sini lebih ketat di imgresen Paris CDG. kalau boleh, tanggalkan segala besi yang ada seperti jam tangan, gelang, tali pinggang dan sebagainya. bagi yang bertudung, kerongsang terkecuali. kasut seperti booth yang mempunyai besi juga perlu ditanggalkan. nak lebih selamat, tanggalkan je kasut walaupun ketika itu anda memakai kasut sukan dan masukkan ke dalam plastik yang disediakan untuk discan.

Setelah selesai di imigresen boleh la anda menuju ke gate flight seterusnya.


selamat berjaya!!

Monday, June 17, 2013

my 1st travelog ever! (episod 2)

Bismillah





Pada tarikh 24 Mei 2013 setelah berhempas-pulas menghabiskan exam semester 7 dan dalam sambil-menyambil membuat persediaan untuk travel (2-2 pun kne balance study ok?) maka terpacaklah kami berdua di KLIA. baiklah, malu nak begitau ini 1st time kita naik flight lalu KLIA, maka nak cari kaunter check in pun terpinga-pinga. setelah selesai semua urusan maka kami pun segera la berlari-lari masuk duduk dalam kapal terbang duduk sengeh-sengeh lega 1st step is done! hooreeey!







bye-bye malaysia. kita nak pi holiday ni! 





Bermulalah perjalanan kami selama 12 jam 55 minit menaiki air france dari KLIA menuju ke Paris Charles De Gaulle (CDG) France. segala movie dalam flight dah habis ditonton, klip video jangan kata berulang-ulang kali main. tak tidur ke? my answer will be nop!! langsung tak dapat tidur sepanjang perjalanan. mungkin terlalu risau akan cabaran seterusnya nanti. tapi nasib baik air france baik bagi makanan sedap saje nak tenangkan hati ea?



menu pertama : ikan bersama kentang lenyek dan sayur, salad, roti DLL


tak rela nak makan tengah-tengah malam pukul 1 pagi hidang. 
tanjat perut gugurl nak makan tapi licin gak. hikhikhik 


menu 2 : sarapan. ayam tu tak makan sebab was-was kehalalannya





Di pertengahan makanan ada disediakan ais cream conetto. pun tengah-tengah malam dorg bagi. selepas berhempas pulas hampir 13 jam dalam kapal terbang maka tibalah di paris. eyh? macam tak excitet je


hoi orang-orang paris, kami nak tumpang singgah jap!!


Maka bermulalah drama yang paling ditunggu-tunggu. kami dengan segera cepat-cepat bangun dari kerusi flight, cepat-cepat keluar flight, cepat-cepat berlari ke kaunter imigresen, cepat-cepat beratur.....tapi apa kan daya, Allah nak duga kami


cabaran #2

Setibanya kami di kaunter imegresen, kami telah ditahan tidak boleh keluar dari lapangan terbang tersebut. adakah aku yang salah cakap atau pak cik imigresen tu yang tak faham apa aku cakap? yang aku bi+jawa berusaha menerangkan pada pakcik tu, dia bi+perancis seboleh-boleh tak bagi kami lepas. di suruh pula kami patah balik. oit!! kami ni nak cepat la. selepas mundar-mandir beberapa ketika, aku segera bertanya kepada seorang pramugari air france untuk mengadu masalah yang dihadapi. acik pramugari tu baik, tolong tuliskan dalam bahasa perancis di boarding card kami dan suruh kami lalu semula di kaunter imigresen. selepas terpaksa beratur semula dengan panjang, kami berjaya keluar dari lapangan terbang tersebut. high five sikit kak ani! yeay!


cabaran #3

Dah gembira dapat lepas imigresen, bermula la cabaran yang paling diakuti sejak di Malaysia lagi. macam mana nak ke Paris Orly pula?? ok, kat sini la tekanan mula dirasai bila hampir semua orang yang ditanya tak boleh berbahasa inggeris dan akan jawab pertanyaan dalam bahasa perancis. tak seronok ok lebih-lebih lagi dah buang masa dekat 1 jam. (transit 3 jam). selepas hampir 5-10 orang yang ditanya, aku dah nampak dah! nampak dah tempat tunggu bas untuk ke Paris Orly yang digembar-gemburkan dalam google group discuss! alhamdulilah!


keluar je airport keluar asap tu cakap. jakun sangat! haha


itu lah tempat kami tunggu bas untuk ke Paris Orly


ayuh pak cik bas! laju lagi laju lagi!



ada orang pesan update dah kat mana, 
takut kita tersesat ke antartika agaknya





Perjalanan dari Paris Charles De Gaulle (CDG) ke Paris Orly (ORY) mengambil masa dalam 60 minit. alhamdulilah jalan tak sesak mungkin kerana baru pukul 6 pagi waktu Perancis (Malaysia 12 tengah hari). setibanya di Paris Orly, cepat-cepat turun bas, cepat-cepat ambil beg, dan cepat-cepat cari kaunter nak check in. cabaran di airport sini sama, tak dapat cari orang yang boleh berbahasa Inggeris untuk ditanya. maka kami pandai-pandai la hidup cari mana nak pergi. dan alhamdulilah sempat naik flight seterusnya.




PARIS ORLY (ORY) FRANCE - LONDON CITY AIRPORT (LCY) UNITED KINGDOM








kami diangkut menaiki bas untuk ke kapal terbang. 
kat belakang tu la rupa kapal terbang kami. kecik je 


pak cik bas menunggu penumpang untuk di bawa ke kapal terbang
 tapi tak syok la pak cik tak boleh cakap inggeris. haih!






Maka bersambung la perjalanan kami ke London dengan menaiki City Jet AF 5020 selama 2 jam. bye-bye Paris! nanti kami datang lagi ok?




makanan yang disediakan






Best la air france ni perjalanan cuma 2 jam je lagi tapi ada disediakan makanan. padahal naik foker je pun. kita yang kelaparan, tak malu-malu mintak air sampai 3 cawan siap mintak tambah lagi lepastu. terima kasih air france! ps: pramugari dan pramugara air france boleh berbahasa Inggeris+Perancis. layan~





muka tak mandi+dapat gak tidur dalam flight sebelumnya


muka tak mandi+tak tidur sejak dari Malaysia




Selepas meredah 12 jam 55 minit menaiki kapal terbang KLIA ke Paris CDG, 3 jam transit di Paris, menaiki bas 1 jam ke Paris Orly dan 2 jam menaiki kapal terbang Paris ORLY ke London City akhirnya alhamdulilah kami telah selamat tiba di London.


maria ulfa : kak ani, kita dah kat London ke?
hasniza : iye lah kita dah kat London dah.
maria ulfa : pa rasa kita macam kat Malaysia lagi lah. Tak PERCAYA!


kapal terbang ni rendah je terbang mungkin sebab dia kecik je kot?





Setibanya di London City Airport punyalah mengeletar satu badan, sejuknya lahai. FAIZA KATA SEJUK MACAM KAT CAMERON HINGLAND JE? mulut mengeletar terpaksa cepat-cepat keluarkan selendang sebab takut nak jawab soalan pak cik imengresen tak boleh lak. alhamdulilah pak cik tu tak banyak tanya dan kami secara rasminya telah berada di London!!





juk nyer juk nyer London. 
masih tak boleh terima ingatkan spring macam kat cameroon hingland je





Ingatkan adalah sepanduk ke, banting ke kat arrival, sekali orang yang ditunggu-tunggu belum tiba. terpinga-pinga la lagi kami. tapi tak pa. kami tak marah kamu Faiza. boleh kami sesuaikan diri dulu dengan cuaca. (ayat ikhlas dari hati). 


Faiza telah tiba kira-kira setengah jam selepas kami tiba dan tanpa berlengah membawa kami ke hotel tanpa mempedulikan kami yang belum mandi, tak rehat dan terkejut sejuk. tapi kami tak merungut sebab kami TAK SABAR NAK JALAN-JALAN LONDON. camon faiza joommm!!!







inilah Faiza. terima kasih banyak-banyak faiza!


nenek tu tak suka gambar dia kena amik. eiii kita nak amik gambar kakak kita la.





ok, kemana kita seterusnya? sampai dah London ni.








to be continue.....



Thursday, June 13, 2013

my 1st travelog ever! (episod 1)

Bismillah


Assalamualaikum

Alhamdulilah tak terfikir akan diberi sebegini rahmat dari Illahi anugerah dan peluang sebesar ini. hingga saat ini pun masih terfikir-fikir betul ke apa yang dah aku buat?

Dipendekkan cerita, 24 Mei 2013 hingga 6 Jun 2013 yang lalu, telah berpeluang untuk menjejakkan kaki ke dua buah negara yang pasti menjadi idaman semua orang untuk sampai.


london

paris


wow gituw~~ hikhik

cerita bermula apabila seorang sahabatku faiza yang sering mengajak kami untuk datang ke united kingdom memandangkan dia belajar di sana. maka aku yang sememangnya pantang di ajak, telah berusaha jayakan juga program menjelajah london. memandangkan faiza pun akan menamatkan pengajiannya di sana akhir bulan jun, maka lebih menguatkan aku untuk pergi. (alasan sungguh)


inilah faiza! terima kasih banyak-banyak faiza



cabaran #1

diawal perancangan cabaran yang pertama semestinya membeli tiket penerbangan. disebabkan tiada pengalaman membeli tiket penerbangan selain air asia maka agak kelam kabut disitu. habis semua penerbangan yang diketahui di tilik, diperhati dan dikaji untuk dapatkan tiket yang termurah! akhirnya air france menjadi pilihan. terima kasih yang tidak terhingga buat wandy yang telah membantu dalam hal tiket ni (hey wandy walaupun saya mention kamu tapi kamu kuat buli saya tau!)


Persediaan

baiklah, persedian sebelum pegi amatlah banyak memandangkan aku memang tak pernah travel jejauh dan ini pengalaman pertamaku. (1st time travel oversea singapura sebelah je jho pun tak pegi lagi zuuuup terus terbang london?) beg trolly, beg sandang belakang, kasut, kamera antara pelaburan yang perlu dibuat sebelum pergi. dua hari sebelum pergi baru beli kamera. tu pun tergesa-gesa sebab takut 1 kamera je tak cukup. haha


cabaran #2

secara tak sengaja kami (aku dan wandy) telah tersilap membeli tiket! ini serius!! menjelang seminggu lagi penerbangan, betul-betul pada tarikh lahirku 17 mei aku mendapati tiket yang dibeli memerlukan aku pergi ke airport lain untuk transit. kebiasannya penerbangan yang memerlukan kita transit, kita akan turun nak naik semula penerbangan melalui airport yang sama tapi tidak pada tiketku ini! aduh!! baca betul-betul keterangannya...


KLIA - PARIS CDG - PARIS ORLY - LONDON CITY


ada beza disitu antara paris cdg dan paris orly. masa dapat tahu, mood dah down. muka tak nak senyum dah. wandy jadi sasaran melepaskan ketakutan, keseraman yang melanda. maka bermula la membuat rujukan bertubi-tubi untuk mengetahui bagaimana untuk sampai dari airport paris cdg ke airport paris orly. buat pengetahun semua paris cdg merupakan airport utama di paris ala-ala KLIA dan paris orly ala-ala LCCT.

bagi siapa-siapa yang terkena masalah seperti ini, (kalau boleh elakkan ye) boleh la baca disini bagaimana untuk pergi dari airport paris cdg ke airport orly. kita perlu amik bas di line nombor 3 dan bas ini akan terus pergi ke airport paris orly dari airport paris cdg dengan bayaran 20 euro. 

tapi masalah lain pula yang menjadi kerisauan ialah masa transit hanya 3 jam dan perjalanannya pula mengambil hampir 1 jam. turun flight lagi? beratur kat imegresen? amik bag? tunggu bus? bus terkedek-kedek? nak check in flight seterusnya? berjayakah maria dan kakak menempuhinya? akan bersambung pada episod kedua nanti. heeeeee



gugurl tu macam tau-tau je kita seram ni tau sempat ke tak nak lari dari 1 airport ke airport lain. 
dah la kita tak pernah pegi, 1st time travel. sesorang je nak uruskan.

Thursday, March 28, 2013

sweetest mistake


(copy from here)

pernah tak kita dalam dilema? 
mula kita tanya pada membe membe baik konon dengan sedikit harapan ada yang akan menyokong keinginan hati, agar dapat keluar dari dilema itu? 
well, sayang apabila yang kita dapat hanya lah tentangan. 

'jangan kau buat tu, nanti kau menyesal' .. Betul, kawan inginkan yang terbaik buat kita. Sama seperti ibu bapa kita, kawan yang baik tidak ingin kita rosak, musnah, ranap, rapuh dan hancur. 

Tapi, bukankah untuk sesekali, biarlah kita sendiri yang membuat keputusan dan berhadapan dengan dilema itu? Guna rasional akal, selagi ianya tidak membahayakan, why don't you just proceed with your decision? 

sometimes, you just have to follow your heart, do whatever you wanted to do. Your life, bear with your own risk, your own decision. 

if they say : hey, you are going to regret your decision. 
then tell them : I will regret one day because I didn't choose this decision. 

though at the end, you find that it is just a mistakes, nothing more than that, just a mistake, a total loss, then make it as the sweetest mistake in your life. At least, no one force you to make that decision. You cannot put the blame on others. 

yes, you should consider their opinions, but at the end, you decide your future, you are the decision maker. 
you life, your responsibility. Sometimes, it is just not a mistake, it is just a lesson for you to learn and a memory to keep in your heart. 

p/s : sis, hope that you will be reading this to know that, just go.. Fight. Live your life, enjoy the moment, though you did not know what the outcomes will be. ;)  Make it as the sweetest mistake to capture beneath your memory .. 
 






me? speechless. 
I never thought 
someone can be so supportive 
with my decision. 


thank you so much